Isnin, Mac 28, 2011

KIMI WA PETTO(YOU'RE MY PET),MANGA(2000)..DRAMA(2003).

Sebagai seorang peminat komik(Manga) Jepun ,kebanyakkan masa aku jugak banyak dihabiskan dengan membaca komik-komik tersebut.Tak kira la..dari genre apa.Seram,percintaan..lawak-lawan..Semua aku layan.Walaupun Incik Bachok cukup menyampah dengan komik Jepun(Sungguh tidak indah Incik Bachok ni..Komik Jepun adalah paling diminati oleh pemuda-pemudi masa kini..tapi dia tak minat..Waaa......),Tapi aku tak peduli..janji aku minat kan..Kalau dulu aku banyak habiskan wang ringgit aku membeli komik Jepun takpun kartun dia..tapi sekarang tak lagi sebab dah boleh membaca secara online kan..selamat sikit duit aku..hahahhahaha... Jadi harini aku nak cerita sikit pasal salah satu dari komik yang aku minat..Bukan bleach..Naruto atau pun Kimi Ni Todoke ka..tapi komik yang bertajuk Kimi Wa Petto atau dalam bahasa Inglish dia You're My Pet atau dalam bahasa melayu dia..Kamu Ialah Haiwan Peliharaan Saya..hahahahha..gila panjang tajuk dia dalam bahasa Melayu...hahhaha..

Kimi Wa Petto versi Komik dan Drama.






Komik karya Yayoi Ogawa ni diterbitkan pada 2000 dan kemudiannya dijadikan sebuah drama pada tahun 2003.








Kimi Wa Petto ni mengisahkan Iwaya Sumire,seorang wartawan dari sebuah akhbar terkenal Jepun yang bersikap dingin dan mempunyai masalah kemurungan yang teruk,tidak berapa disukai oleh sesetengah rakan sekerja dan jugak seorang perokok yang tegar.Dia yang berketinggian 170cm jdan merupakan bekas student Universiti Tokya dan bergaji terlalu tinggi buatkan ramai lelaki takut nak mendekati dia..Malah teman lelaki dia sendiri meninggalkan dia untuk perempuan lain.Jadi hidup dia kesunyian selalu dan hanya berkawan baik dengan rakan sepermainan dia sejak kecil yang telah berkahwin beranak satu..



Poster Drama



Satu hari,dalam keadaan tertekan pulang dari kerja..Sumire telah terjumpa sebuah kotak besar didepan kondominium tempat dia tinggal.Setelah melihat ke dalam kotak tersebut,Sumire terkejut besaq la sebab ada seorang budak lelaki berwajah comel dalam keadaan cedera didalam tu lalu di bawa pulang budak tu ke rumah untuk merawat luka..Tapi keadaan menjadi kelam kabut bila budak tu dah sembuh dari luka..Dia mahu tinggal bersama Sumire plak dengan alasan masakan Sumire sedap..hahahahha..Mulanya Sumire memang tak kasi siap bergurau lagi kalau nak tinggal dengan dia,kena jadi haiwan peliharaan dia,tambah mengejut lagi bila budak tu setuju.Nak tak hendak..Sumire menjaga lelaki kiut miut itu seperti haiwan peliharaan bernama Momo bersempena nama anjing yang dia bela semasa dia kecil dulu.

Masa first time Sumire menemui Momo dalam kotak besar



Semakin hari Sumire semakin menyayangi Momo dan rasa tak boleh kehilangan Momo sampaikan dia terpaksa membahagikan masa dia bersama teman lelaki barunya yang berjawatan tinggi dengan Momo yang suka sangat merajuk jika Sumire tidak memasak untuk dia.Malah jika Momo menghilangkan diri selama beberapa hari ja..mesti hidup Sumire tak keruan.Walaupun Sumire memang tegas terhadap Momo..Tapi bila dia ada masalah ja berkaitan kerja mahupun dengan boyfriend dia..dia pasti akan luahkan perasaan dia pada Momo.Sumire jugak mudah risaukan Momo.Walaupun kawan baik dia sering ingatkan Sumire yang Momo ni seorang manusia dan mampu jaga diri sendiri kalau nak kemana-mana,tapi Sumire tetap risaukan keselamatan Momo dan kalau dia tengah dating dengan pakwe dia yang tinggi nak mampus tu,tiba-tiba dia teringat yang dia tak masak lagi kat Momo,dia sanggup tinggalkan pakwe dia semata-mata nak balik memasak untuk Momo..Dan Sumire jugak menipu pakwe dia dengan mengatakan dia membela seekor anjing.Padahal seorang manusia.Memang kelam kabut la bila Pakwe dia rumah dia..hahhahahahaha..



Untuk pengetahuan,Nama sebenar Momo ialah Takeshi Goda.Dan merupakan sebuah student kelas tarian ballet elit(Tarian balet untuk lelaki pun ada noh?ingatkan perempuan ja..hahahhahahahha).Yang mana anak orang kaya ja pi.Tapi Takeshi ni lebih meminati tarian moden.Jadi kalau Sumire pi kerja ja..Takeshi ni akan ke kelas tarian dia la..Kalau dia ada persembahan,Sumire akan pi tonton la persembahan dia.





Adegan yang terdapat dalam drama



Watak Iwaya Sumire untuk drama dipegang oleh seorang model terkenal Jepun,Koyuki dan Watak Takeshi 'Momo' Goda dipegang oleh Jun Matsumoto.Pelakon Lelaki Jepun yang paling aku minat..hahhahahaha...Kalau Jun Matsumoto jadi Pet..Aku pun mau..hahahhahaha..dah la manja..nakal plak tu...hyper aktif..cumil lagi..hahhahahha..I loike!!!!





Koyuki









Jun Matsumoto..waahh!!!! suka2!!!




Sekarang ni aku baru ja tengok drama ni episod 5 manakala untuk yang komil aku baru baca Chapter ke 10..Jadi taktau la apa yang jadi pada akhir cerita ni kan..Kerana keglameran Komik dan drama ni sampai ke Jerman nak orang minat kan..Jadi Korea pun buat dalam versi depa jugak(Banyak jugak drama Jepun yang Korea tiru dalam versi depa).Tapi yang korea aku tak tengok lagi pun..huhuhuhuhuhu..

2 ulasan:

Bijen M. berkata...

Gua suka tengok Maria Ozawa je.
Tapi tu dululah.
Dulu-dulu.
Dulu.
Okebai!

Mrs Poyo berkata...

Bijen..

sapa Maria Ozawa?haaaa...hg lebih tau dari aku ni..jeng..jeng..jeng..
hahahhaha.......

Gila tak sangka hg lyn Maria Ozawa noh dulu..hahahhaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!