Khamis, Mac 17, 2011

SUKA SEJARAH VS TAK SUKA SEJARAH

Incik Bachok ni kalau bab-bab sejarah memang dia tak suka..Nak baca buku tentang sejarah.. Tengok filem tentang sejarah..semua dia takmau..Kadang-kadang geram jugak sebab minat dia langsung tak sama dengan aku..Bila aku tengok filem sejarah tak kira la filem dari negara mana pun,dia tengok bola..Bila aku baca buku sejarah(bukan buku teks yaa..) dia baca pasal bola..Pernah jugak aku bersembang pasal Hikayat Merong Mahawangsa dengan dia dulu.Tak silap aku setahun yang lalu..Tapi dia cakap..


"Ah..pening-pening la dengar pasal sejarah-sejarah ni..kedah..langkasuka..menda ni..?haiya.."

Jadi aku malas nak sembang dah pasal benda-benda sejarah ni termasuk sejarah Kelantan(Aku rasa aku lebih tau pasal sejarah kelantan berbanding dia..hahahahhahahahahha)
Tapi tiba-tiba ja dia hantar mesej kat aku..

"Hari Sabtu ni kita pi tengok Merong Mahawangsa..I ambil u kat rumah..ok!"

Hah!! biar betul ni?Hahahahahahaha...Jadi aku pun setuju la..Jadi lusa aku akan pi tengok dengan dia..
Tengahari tadi..aku hantar mesej kat Incik Bachok..

Tau tak Merong Mahawangsa ada berapa orang anak?


Tau apa balasan dia..

Ahhh..I takdak masa nak pikir pasal anak orang..I nak tengok ulangan bola semalam ni..I tak tengok semalam..jangan kacau la..


Hahahahhahahahahhaha...see,memang dia tak minat..nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa sabtu ni sebab apa aku pun taktau..hohoho..

4 ulasan:

Bijen M. berkata...

Padan le tu.
Saling melengkapi.
Keh keh keh!

Mrs Poyo berkata...

Bijen..

Yela tu..skit jiwa jugak kadang2..
hohoho

± berkata...

keh3. sbb cter merong ni tgh hangat kot

Mrs Poyo berkata...

Dark Half...

aku tkut dia tidoq ja esok masa tgk citer ni..hahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!