Khamis, November 04, 2010

CHOCOLATE YANG GANAS

Aku rasa aku agak ketinggalan la nak cerita pasal filem ni.
Filem tajuk Chocolate ni adalah filem keluaran Tony Jaa..pelakon cerita ONG BAK tu..
Filem tahun 2008 ni mengisahkan seorang budak perempuan yang ada penyakit Autisme.Penyakit dimana pengidapnya seolah-olah ada dalam dunia dia sendiri la..macam otak lembap gitu..Budak perempuan Istimewa ni tinggal bersama mak dia yang mengidap penyakit kanser dan memerlukan rawatan terapi.Dengan bantuan kawan dia yang penakut,budak perempuan ni pergi kutip hutang pada sesiapa sahaja yang pernah berhutang dengan mak dia dulu sebab mak dia ni dulu gangster..along la tu..hohoho..

Bila si penghutang taknak bayar..dan buli dia balik sebab keadan dia tu,dia lawan balik la..Kebolehan dia berlawan tu terjadi sebab mak dia berjiran dengan tempat budak-budak berlatih muay thai..Sebab hari-hari dia tengok budak-budak tu berlatih..dia pun ikut sekali la...gitu la ceritanya..

Yang hebatnya pasal cerita ni ialah pelakon dia yang bernama Jee Jaa tu merupakan anak murid Tony Jaa..Yang best lagi,semua adegan lawan-lawan ni dilakukan oleh Jee jaa ni sendiri..The making dia aku dah tengok kat Box Office Astro..dasatnya..

Paling aku suka sekali time last..masa dia dan mak dia serbu tempat musuh lama mak dia..time dia lawan dengan budak laki yang sama-sama cacat macam dia..gila hebat...




Gila hebat..
yang ja yang aku mampu cakap..
Incik Bachok bagitau budak ni ada blakon dalam satu lagi filem arahan Tony Jaa gak bertajuk Raging Pheonix..tahun lepas punya keluaran..
Sekali lagi aku ketinggalan..
Tu la..
banyak sangat tengok Filem Hollywood ja ni..
huhuhuhu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!