Rabu, November 03, 2010

TAKTAU NAK BUH TAJUK APA...PART 1

Hari ni panas bukan main.Aku yang berjalan kaki dari kelas balik ke asrama dah berpeluh-peluh sakan.Macam mandi pun ada.Sampai ja kat blok aku,aku ushar dulu keadaan kereta Kelisa aku..hmmmm..berdebu la plak.Petang nanti kena bawa pi basuh ni.Aku teruskan perjalanan aku.Beberapa orang pelajar yang duduk satu blok asrama dengan aku,menegur.Aku balas balik teguran mereka.Nak naik tangga plak nak ke tingkat 3.Kenapala tak pasang lif??Senang hidup aku.Dah berjalan hari-hari ke kelas,lepas tu nak menapak naik ke tingkat 3 plak..hadoiii..penat tau dak.Sebaik sahaja aku sampai ke tingkat 3,aku jalan laju-laju.Tak sabar rasanya nak berbaring atas katil aku yang tak berapa empuk tu.Sebaik sahaja aku sampai kat pintu bilik aku,aku tengok ada beberapa orang mengerumuni pintu bilik aku.aiikkk..

"Ni awat dok buat ramai kat bilik aku ni?"Soal aku sambil menghampiri mereka.Tiba-tiba aku dengar suara orang meraung kuat dalam bilik aku.

"Hang dengaq dak?tu..roomate hang tiba-tiba menjerit-jerit macam orang gila kat dalam tu.Terkejut aku masa lalu kat depan bilik hang tadi..ni meraung-raung plak dah.."Julia yang merupakan jiran bilik aku jawab pertanyaan aku.
Aku dengan pantas cari kunci dalam beg sandang aku lalu terus buka kunci bilik tu.Sebaik sahaja aku buka pintu aku nampak roomate aku sedang duduk peluk lutut dia sambil menangis macam orang gila.Aku segera tutup pintu.Lantak pi la mereka kat luar sana.

"Ni awat menagis macam orang laki mati ni?awat?"Aku terus soal roomate aku yang bernama Sharlinie tu.

"Fikrie bodoh tu..tak guno punya jate..benci aku..waaaaaaaa..."Sharline terus menyumpah-yumpah dalam bahasa kelantan dia.Tah apa yang dia cakap pun aku taktau.

"Oh..pasal budak Fikrie..awat?dia buat apa kat hang?"Aku soal lagi.Kalau Sharlinie ni menangis sebab Fikrie ni memang aku dah agak dah.Aku dah berapa kali pesan jangan dekat dengan Fikrie tu dia nak dekat jugak.Macam la aku tak kenal budak Fikrie tu.Dah la muka gelap,perasan dia Remy Ishak plak.Aku tak boleh blah langsung dengan mamat Melaka tu.Dia ingat dia hensem sangat..piiraahhhh..

"Dio tinggal aku mu tau dok..geramnya aku..dia tinggal aku sebab tino gatal tu..tino negeri semile tu!!tok malu punyo tino!!!"Sekali lagi Sharlinie menyumpah seranah Fikrie sekali dengan awek baru dia.Hah! aku kenal siapa budak negeri sembilan tu.Tasya..Haaa..elok sangat la si Tasya tu dengan Fikrie..sorang perangai tergedik-gedik,seorang lagi perasan kacak.Bagus sangat.

"Ni..LInie...dengaq sini..aku dah bagitau hang dulu..jangan try couple dengan Fikrie..hang nak jugak..Dah tau Fikrie banyak pompuan,hang mau jugak..la ni hang tanggung la...banyak lagi laki kat muka dunia ni..yang hang menangis bagai nak rak pasaipa..??macam la dia sorang ja jantan dalam dunia ni..hisshhh!"Aku berleter balik kat Sharlinie sambil duduk kat meja study aku..
Tak paham betul la aku dengan minah ni.Nak kata tak lawa.Muka gebu.Ala-ala Tiz Zaqyah..kalau ye pun terpengaruh dengan drama Nur Kasih tu..tengok la sama Fikrie tu macam mana..adoiiii..

"Mu tak tahu..aku banyok doh berkorbe kat dio..mace-mace aku bagi kat dio..termasuk la.."

"Termasukla apa!!!?"Soal aku sambil tepuk meja study aku dengan kuat tanpa Sharlinie habis cerita lagi.Aku tengok punggung Sharlinie terangkat sikit.Terkejut..haaa..aku lagi nak terkejut kalau apa-apa jadi kat Sharlinie gara-gara budak Fikrie dongga tu.

"Termasuk duit pinjame aku la..."Sharlinie menghabiskan ayat dia tadi.Fuhhh..lega..walaupun Sharlinie dengan aku tak rapat sangat.Tapi aku kena la jaga jugak.Sebab kalau apa-apa hal Sharlinie selalu luah kat aku.Kecuali aku la..aku lebih suka buat hal sendiri.

"Ceh..aku ingatkan dia ada buat tak senonoh kat hang..."Lega gak..

"Memei ado pun..dia ajak aku ringe-ringe.."Belum sempat Sharlinie abis ayat dia..aku terus bangun dari kerusi.Tak guna..dia sempat jugak..

"Jue..mu naok gi mano?aku tak buat la.."Sharlinie bagi penjelasan.Tapi aku tak peduli.Bab-bab macam ni memang aku pantang.Berapa kali dah aku tengok kawan-kawan aku kecundang dalam pelukan lelaki-lelaki tak guna.Lepas tu kena tinggal..Sia-sia hidup...

"Owh...berani dia ajak hang ringan-ringan..lepas tu berat-berat plak..Sekarang hang..esok lusa sapa plak?budak ni nak kena ajaq.."
Tanpa fikir panjang aku terus keluar bilik.Aku tengok Julia masih lagi dok berdiri depan pintu bilik aku.Apa kejadahnya budak ni?takdak kerja.Tapi aku tak peduli,ada hal lain aku kena setel..hal dengan Fikrie.Sharlinie panggil aku berkali-kali pun aku tak layan dah.Jarak asrama aku dengan blok akademik yang dekat satu kilometer tu aku dah rasa macam 100 kilometer.Aku terus start enjin kereta aku.Lagi cepat,lagi bagus.Aku bawa laju kereta aku samapi tak peduli dah isyarat tangan Pak Guard yang tengah bawa motor suruh aku berhenti..tah la..dia suruh aku berhenti ka dia suruh slow ka..aku pun taktau..biaq la aku kena saman sebab bawa laju kat kawasan kampus..maruah perempuan tak boleh buat main-main..Fikrie!! aku nampak kecik je muka hang!

Sebaik saja sampai kat blok akademik,aku terus melangkah keluar dari kereta.Kelihatan Encik Saiful,pensyarah yang mengajar kelas aku untuk matapelajaran Lukisan Kejuruteraan memandang aku dengan muka tak puas hati.Aku tau sebab apa..aku parking kat tempat pensyarah.

"Saya nak terkencing.tak tahan.."Aku bagi alasan tu dengan selamba walaupun tak ditanya.Encik Saiful hanya mengangguk sambil masuk ke dalam kereta Satria Neo dia lalu pergi dari situ.Sebaik saja Kereta Encik Saiful melepasi aku,aku apa lagi,Mulakan pencarian.Mana budak Fikrie ni..siap la kau.

Dari sat kelas ke satu kelas aku jenguk.Waktu sekarang dah pukul 4 petang lebih sikit.Tak ramai orang dah.Mesti la,masing-masing dah balik.Tah-tak budak dongga tu pun dah balik.Hampa betul la.Tiba-tiba aku dengar suara orang ketawa.Macam ramai jugak.suara lelaki ada,suara perempuan pun ada kat kelas yang terletak kat hujung blok.Dengan pantas aku segera menghampiri kelas tu..Haa...dah jumpa..Kelihatan Fikrie bersama dua tiga orang budak lelaki lain.Turut sama ada kat situ dua orang budak perempuan.Aku kenal budak-budak perempuan tu,dari Jabatan Perdagangan.

"Woii Fikrie!!"aku jerit nama dia.Fikrie dan kawan-kawan lain tersentap.Mereka segera pandang ke arah aku.Wajah Fikrie yang terkejut tadi berubah sedikit senyum.Senyum sinis..Ciisss..nak tiru jugak cara Remy Ishak senyum..nak termuntah aku.

"Tengok siapa yang datang..Junaidah..gangter tak siap dah datang...hahahahahha"Kata Fikrie sambil menghampiri aku.Kawan-kawan dia semua ketawa kecuali dua orang budak perempuan tu.Kau kata aku gangter tak siap..Tak guna..

"Kau nak apa?"Soal Fikrie kasar.Badannya yang tinggi lampai tu sengaja dirapatkan ke tubuh aku.Aku segera berundur sedikit ke belakang.

"Wooii..kau buat apa kat Sharlinie hah??!!"Aku soal dia sambil menjerit.Air liur aku sampai tersembur terkena kat muka Fikrie.Dia terpejam sedikit apabila air liur aku mengenai muka dia.Padan muka..

"Aku buat apa kat dia??ohhh..sebab aku tinggalkan dia..biasa la beb..itu pun salah ka?"

"Tak salah hang kata..hang janji macam-macam lepaih tu hang tinggall dia..Cipan betul hang ni.."aku terus menerus memarahi dia..Dua orang budak perempuan tu mula tinggalkan kami.Begitu jugak kawan-kawan Fikrie.

"Bukan aku yang nak kat dia..dia terhegeh-hegeh kat aku.Dah dia mau..aku rembat la..Orang cantik macam dia siapa takmau..haaa...tak-tak kau jeles..sebab aku tak pilih kau..kau mau kat aku kan??"Cilaka Fikrie.Tiba-tiba aku rasa darah aku naik ke tahap kuda belang.

"Kepala otak hang berjambul..sorry sikit la..takat macam hang..yang belajar lagi..berlambak kat sini.Aku kalau mau cari..aku cari yang dah kerja bengong wooii.."Jawab aku sambil meludah kat lantai kelas.Nasib la esok pagi siapa yang terpijak air ludahan aku.

"Waahhh..gengster bukan main..main-main ludah lagi kau..woi perempuan.Kau tak payah sibuk-sibuk la..ni hal aku dengan Sharlinie..kau bukan mak dia pun.."Balas Fikri sambil mahu pergi dari situ.Aku tak puas hati betul.Dengan segera aku tarik beg yang disandangnya sehingga buat dia terundur ke belakang masuk balik ke dalam kelas.

"Apa ni??"Marah Fikrie.

"Woi Fikrie..aku tak kisah kalau hang nak tinggalkan dia.Memang tu hak hang la..tapi sebelum hang tinggal dia..hang dah buat macam-macam kat dia..Hang rosakkan dia..Lepas tu tinggal macam tu ja..Hnag memang cilaka la..sapa-sapa pun marah..!!"Aku luah apa yang terbuku.Memang tadi aku tak kisah langsung bila Sharlinie bagitau aku yang dia dah putus dengan Fikrie.Tapi bila dia bagitau yang Fikrie ajak dia buat macam-macam.Aku hangin betul.

"Buat macam-macam?kau ni gila la..sejak bila aku buat macam-macam kat dia?Aku buat apa??ha cakap la!!"Fikrie mula tinggi suara kat aku..

"hang buat tak senonoh kat dia..hang ajak ringan-ringan..hang ingat dia apa??bOhsia!!"Aku tinggikan balik suara aku..Biaq sampai hilang suara.puas hati.

Tiba-tiba Fikrie ketawa kuat.kuat sangat-sangat sampai aku naik menyampah..Tah jin haprak mana rasuk dia petang ni.Sambil ketawa,dia semakin berjalan rapat ke arah aku.Semakin jugak la aku berundur ke belakang..Lepas tu aku rasa badan aku dah tak boleh berundur.Tersekat.Yaa..aku tersekat pada papan tulis rupanya..cilaka..macam mana boleh terundur sampai kesini.

"Ringan-ringan..macam ni ke??!"Soal Fikrie sebaik saja badan dia betul-betul menghimpit aku.Tak guna....Aku cuba tolak badan Fikrie.tapi tak berjaya.Fikrie ketawa kuat.Tiba-tiba dia diam sambil pandang muka aku.Mata dia merenung tajam ke dalam mata aku.Dengan segera aku angkat kepala lutut aku hnggap ke kemaluan dia.Fikrie menjerit kesakitan.


"Padan muka hang..kurang ajaq dengan aku sangat.."kata aku sambil meninggalkan Fikrie yang kesakitan kat situ.Masa tu aku rasa macam-macam.Takut,gembira..semua campur..Dengan serta merta aku ketawa.Ketawa rasa puas hati..
Sejak kejadian tu,aku tak nampak sangat Fikrie.Lagipun dia bukan satu kelas dengan aku..Kebetulan masa tu semester terakhir,aku sibukkan diri aku dengan stury.Apa yang terjadi dalam kelas aku tak peduli dah.Akhirnya aku berjaya jugak dalam exam.



***************************************************************


Sejak aku kerja dengan firma Arkitek ni,aku rasa macam badan aku dah naik.Apa taknya..kerja aku duduk ja sambil menaip.Apa kejadahnya ni.Lain yang aku minta kerja,lain yang aku dapat.Aku nak jadi Penyelia tapak..tapi last-last dapat jawatan bahgian pentadbiran plak.Apa kes.Aku belajar lain.Lain yang aku dapat.Jawatan yang aku mau tu dapat kat minah mana tah nama Mira.Dengar cerita dia banyak pengalaman kerja kat site.Aku ni?pengalaman kerja kilang ada la 3 tahun plak tu.Kira ok la dari aku takdak pengalaman kerja langsung kan..

Tengahari ni,aku makan sorang ja.Sebab apa?Geng yang sama-sama selalu makan tengahari dengan aku hari ni pakat-pakat bawa bekal.Maklum la tengah bulan sekarang ni.Nak berjimat plak.Orang dah kahwin macam tu la.Nasib baik aku bujang lagi.

Hari ni malas nak pergi makan jauh,cukup la makan kat kedai mamak yang selang beberapa buah kedai dari opis aku.Hari ni tak panas sangat.Maklum la baru habis hujan.Sejak dua menjak ni Penang dilanda hujan ja.Pelan-pelan aku jalan.Perut dah berkeroncong ni.Nak jalan laju-laju aku pakai tumit tinggi plak..kang terpelecok naya aku.Aku dah la baru nak belajar pakai tumit tinggi ni.Tengah aku jalan-jalan sambil ushar-usahr dari luar butik yang ada kat situ tiba-tiba aku rasa macam orang panggil aku.

"Junaidah Nabila binti Jamil!!"Wah..siapa plak tau nama penuh aku ni.Aku segera berpusing ke belakang.Kelihatan seorang lelaki berseluar slack,berkemeja lengan panjang dan bercermin mata hitam tersenyum memandang aku.Eh..Remy Ishak ka?Aku segera pandang sekeliling.Kot-kot la ada pengambaran drama ka kat sini.Tapi takdak pun.Takla Remy Ishak kenal aku plak kan.Tah mangkuk mana ni kenal aku.

"Kau cari siapa?"soal lelaki tu sambil berjalan menuju kearah aku.Aku hanya diam.Taktau nak kata apa.Siapa plak mamat ni?

"Kau kenal tak siapa aku?"Soal lelaki tu lagi sebaik sahaja dia berdiri betul-betul depan aku.Bau minyak wangi macam kenal.Tapi kat mana ya..??

"Hang siapa?aku tak kenal hang la..."Soal aku balik..Lelaki itu segera buka spek mata dia.Makkkk! Aku terkejut gila.Macam mana boleh ada kat sini plak?Dah enam tahun aku tak pernah jumpa dia.Tiba-tiba kisah lalu menjelma.Macam drama Tv plak.
Damnnnn!


Bersambung...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!