Jumaat, November 26, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:SAPU TAIK PADA MUKANYA

Hari ada ada filem baru kat wayang.Filem Hindustan.Biasalah kan..hidup pada zaman 70an,semua orang minat tengok cerita hindustan.Seperti biasa,Non dan Ma yang sudah ada anak lima tapi masih romantik macam orang baru kahwin ambik keputusan nak pi tengok cerita wayang tu.Oleh sebab panggung wayang dekat pekan Tasek Gelugor dah diruntuhkan sebab nak bina sebuah komplek perniagaan,maka depa ambik keputusan nak tengok saja di Padang Serai yang jaraknya dengan Pekan Tasek Gelugor cuma 15 minit walaupun Padang Serai dibawah naungan Kedah sedangkan Tasek Gelugor di bawah Pulau Pinang.

Oleh sebab anak kelima depa baru berusia 8 bulan,takkan nak bawa sekali kot masuk wayang kan..kang meraung sakan dalam wayang,mau kena halau ni.Jadi Ma pun menyuruh anak kedua dia,Kri yang jaga adiknya itu.Kri yang terkenal dengan nakalnya tu pun setuju.

"Ok mak! Line clear..Kri jaga elok punya..mak balik satgi Kri siap bagi mandi lagi budak Maz ni..wangi ja"
Kri memberi janji-janji indah pada maknya.
Sejuk hati Ma..penat-penat dia mengandungkan Kri,melayan kerenah nakal Kri masa zaman kanak-kanak akhirnya Kri jadi anak remaja yang boleh diharap.Walaupun kadang-kadang perangai gila-gila dia muncul sekali-sekala,Ma memang boleh harapkan Kri.Maka kedua laki bini tu pun pi la menonton wayang..

Lima jam kemudian....

Sambil membawa Vespa..Non menyanyi-nyanyi semula lagu hindustan yang ditontonnya tadi sedangkan Ma yang membonceng dibelakang hanya ketawa dengan gelagat lakinya itu.
Sampai saja didepan rumah mereka.Suasana tiba-tiba sunyi.Takdak dengar satu suara pun.Yang kedengaran cuma bunyi lembu jiran sebelah mengembooo..Ma segera turun dari Vespa sambil menjenguk-jenguk ke dalam rumah..ada rasa curiga..tiba-tiba Kri berlari keluar lalu berlutut di depan Ma..

"Ampunkan Kri makk..."Kri tiba-tiba meminta ampun umpama tanggang meminta ampun pada maknya.


"Awat plak hang ni?kena sampuk tanggang ka?"Soal Non kehairanan..

"Bukan salah Kri mak..Maz yang buat sendiri.."Kri berkata lagi sambil buat muka takut.Non segera berlari masuk kedalam rumah sedangkan Ma masih tercengang dengan kelakuan anaknya itu.Sebentar kemudian terdengar suara Non menjerit..

"Krii..!!!!!"

Dengan pantas Kri bangun melarikan diri bila Non keluar mahu mengejarnya.Ma segera masuk.Alangkah terkejutnya beliau bila melihat muka Maz penuh dengan tahinya sendiri.

"Bukan Kri yang buat ayah..Maz yang korek lampin tu sendiri..lepas tu dia sapu kat muka dia.."
Kri memberi penjelasan sambil berlari sebab dikejar ayahnya.

"Awat hang tak basuh bongok!!!!??"Marah Non.

"Ceq geli!!!!!!"jawab Kri balik.

Ma merasa hiba.Tak boleh pakai punya anak.
Cisssss!

2 ulasan:

Bijen M. berkata...

Ha ha ha hampes!
Dia ingat cokelat kot.

Amira Amair The Poyos berkata...

Bijen..

hahahaha..aku xtau la..
lawak dak..budak Maz ni dh ada anak 3 la ni..
kikikiki

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!