Rabu, November 03, 2010

TAKTAU NAK BUH TAJUK APA PART 3

Hai..nama aku Junaidah Nabila Binti Jamil.Pada Episode yang lalu aku ada cerita mengenai lelaki yang paling aku tak suka selama ini tiba-tiba muncul dalam hidup aku.Lepas tu tempat kerja dia berebelahan pulak dengan tempat kerja aku.Memang tak senang duduk..Skarang aku nak cerita utuk yang seterusnya..



Sejak makin dekat nak kenduri kahwin ni.Adik aku selalu saja minta pertolongan aku dari pelbagai segi.Beli itu,beli ini..cat sana cat sini...pasang sana,pasang sini..Tak pasal-pasal aku terlibat dalam konpirasi orang perempuan yang nak kahwin ni..Tapi nak buat macam mana,dah dia ja sorang adik perempuan yang aku ada..Jadi aku layan pi lah..lepas ni mana ada siapa-siapa nak minta tolong aku dah..

Pagi sabtu yang indah dan damai ni,aku terpaksa pulak pi ke kedai hantaran.Nak ambik gubahan sejadah dan kain semayang yang adik aku tempah.Apasal la nak gubah-gubah semua ni..lipat-lipat sejadah sama kain telekung,lepas tu letak atas dulang hantaran sudah la.Lagipun apa kes pulak aku yang kena amik..hantaran tu untuk adik aku.Sepatutnya pihak tunang dia la pi ambik.Satu kerja plak aku kena hantar pulak kat rumah tunang dia.Nasib baik satu negeri,kalau lain-lain negeri..adik aku,tunang dia sekali dengan tokey kedai hantaran tu aku belasah.

Sampai ja kat rumah tunang adik aku,aku tengok ramai la plak.Keduri apa plak ni.tak jemput pun.Aku jadi segan la plak..Semua pakai baju kurung ni.aku ja pakai seluar jeans ni.Aduh,Azreen tak bagitau apa pun..Lama jugak la aku melepak dalam kereta dok tinjau-tinjau.Nak keluar dari keretta tak sanggup.Kang aku seorang ja Alien kat situ.Tengah aku dok tertinjau-tinjau dalam kereta,tiba-tiba cermin tingkap kereta aku diketuk-ketuk.Cahaya matahari yang terang tu buat mata aku silau sampai tak nampak muka orang yang ketuk cermin kereta aku.Jadi aku pun turunkan la cermin kereta aku..Tengok-tengok..alamak...!!Awat dia ada kat sini plak??Aduh!

"Aku tengok kereta kau dari kat luar dari tadi lagi.Tuan dia tak keluar-keluar pun.Nak kena jemput pulak.."Kata Fikrie sambil cuba buka pintu kereta aku tapi tak berjaya sebab aku dah kunci tadi.

"Ehhh..sat-sat..macam mana hang ada kat sini plak??"Aku soal tak puas hati.Apa ni!! Sejak akhir-akhir ni mana aku pi dia ada ja ni.

"Loh..ni rumah kawan aku.."Jawa Fikrie balik.

"Tapi ni rumah tunang adik aku ni..."

"Aku tau la..kawan aku abang tunang adik kau..eh,kau keluar la..yang tercangak dalam kereta ni apasal..??"Sekali lagi Fikrie cuba buka pintu kereta aku,tapi tak berjaya.Tak malu betul la mamat ni.Menyakitkan hati.Yang aku heran,macam mana plak dia tau aku ni kakak tunang adik kawan dia pun aku taktau la..Ahhh..biarkan..

"Eh..takpala..aku balik dulu la..kau amik hantaran ni,kasi kat tunang aku"Aku segera ambil hantaran kat tempakduduk belakang lalu aku hulur pada Fikrie melalui tingkap kereta.Tak kuasa dah nak melayan tengok muka dia ni.

"Loh..kau taknak masuk dulu ke...??Woi Izwan..ni bakal kakak ipar kau datang ni...!!"Ya Rabbi..dia pi bagitau pasaipa..aku baru ja nak blah dari situ tanpa bagitau sapa-sapa..aduh..Izwan segera datang kepada aku lalu mejemput aku masuk.Walaupun aku cuba tolak berkali-kali tak berjaya bila mak dia pulak keluar jemput.Nak tak nak..au masuk jugak la..Aku tengok Fikrie pandang aku sambil tersengih.Tapi aku buat tak tahu saja.Kerana kau la mangkuk aku terkandas kat sini.Baru aku tau bukan keluarga Tunang adik aku bukan buat kenduri pun.Saja paggil adik beradik makan tengahri sekali.Yang depa ni pun satu..Beria semua pakai baju kurung.Mesti la aku ingat ada kenduri tadi.

Aku tengok Fikrie bukan main rapat lagi dengan Family tunang adik aku.Siap boleh bergurau pulak dengan segala tok nenek yang ada.Yang perempuan pun sama aku tengok..pakat-pakat pi sembang dengan dia.Macam artis la pulak..Piraahhh!
Lepas ja makan,aku terus minta izin nak balik.Bukan apa,aku kekok la...Sempat jugak mak tunang adik aku bagi buah tangan untuk aku bawa balik.Tengah aku dok pakai kasut kat depan pintu rumah.Tiba-tiba Fikrie menghampiri aku.

"Kau nak balik dah ke?"Soalnya.Tapi aku tak balas pun.Aku terus ja jalan menuju ke kereta aku.Tengok-tengok Fikrie dah mengekor di belakang.Haiihhh..rimasnya..


"Minggu depan,time sanding nanti aku jadi pengapit pihak laki.."
Apaa!!! dia jadi pengapit..???Cisss! apa ni??dah la aku jadi pengapit adik aku.Ni dia plak jadi pengapit tunang adik aku.Ni yang aku tak gemar ni.Tanpa banyak soal aku terus blah dari situ tanpa kata apa-apa pun pada Fikrie.Aku tengok dia senyum ja bila aku buat macam tu kat dia..Tak dak perasaan ka mamat ni.??Owh..aku lupa..dia memang takdak perasaan.Sebab tu dia boleh bertukar-tukar girlfriend selalu masa belajar dahulu termasuk la Sharlinie..Ah..Sharlinie pun dah kahwin anak tiga.Buat apa diingat lagi.

Sampai ja kat rumah,aku bagitau adik aku yang aku tak jadi nak jadi pengapit dia.Serta merta muka adik aku berubah.

"Hang tak boleh buat macam ni kak..Aku dah tempah baju pengapit kat hang tau dak.."Marah adik aku.

"Ala...hang boleh suruh Suhana jadi pengapit hang..dia dengan aku punya bentuk badan lebih kurang sama ja.."Aku cuba pujuk..

"Aku takmau..aku nak hang jugak!!!"Tiba-tiba daik aku bersuara tinngi lalu berlari masuk ke dalam bilik dia.Alamk..merajuk la plak..nak kahwin dah pun buat perangai macam budak-budk lagi.

"Hang kena jadi jugak pengapit Azreen.Dia dah lama dok berangan hang jadi pengapit dia..."Mak aku yang dari tadi tak masuk campur dalam perbualan adik aku dengan aku tadi tiba-tiba bersuara.Tapi matanya tak lekang dari tengk Tv.Hantu TV betul la mak aku ni.

"Tapi Ceq takmau la mak..bagi la orang lain jadi..."

"Hang kena jugak jadi..kalau tak macam mana nak dapat jodoh.Mana tau masa hang jadi pegapit nanti ada orang berkenan nak buat menantu ka..."

Loh mak aku ke situ plak..Benci la macam ni...
Kalau Fikrie tu takjadi pengapit takpa..ni dia yang jadi.Entah dari ceruk mana dia mai..tiba-tiba ja jadi kawan rapat abaang tunang adik aku pulak.
Aku musykill betul dengan mamat ni.Dah la tiba-tiba datang kerja kat sini.Ada sangkut paut plak dengan orang-orang sekeliling aku.Tah-tah dia skodeng aku pa selama ni.Nak balas dendam dengan apa yang aku buat kat dia 6 tahun dulu.Tapi memang padan aku buat macam tu..Kerana perbuatan dia tu la aku rasa berdosa gila padahal aku tak salah pun..

Eiii..takutnya...


Bersambung....



Bersambung...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!