Rabu, November 03, 2010

TAK TAU NAK BUH TAJUK APA.. PART 2

Hai..nama aku Junaidah Nabila Binti Jamil.Walaupun nama aku bunyi macam kampung sikit takdak unsur kemodenan tapi aku bangga dengan nama aku.Pada Episod yang lalu aku ada cerita pasal diri aku yang benci sangat pada seorang mamat yang nama Fikrie kan.Sekarang aku akan cerita sambungan seterusnya..


"Sama-sama belajar satu tempat dulu pun dah lupa ka?"Soal Fikrie bila aku dok tercengang pandang dia.Alamak,macam mana plak mamat ni boleh ada kat Penang ni.Ingat dah berambus kat mana hala dah.Last-last jumpa kat sini plak.Tengok tu,dengan gaya perasan Macho dia.Tak pernah berubah.Menyampah aku.Tengok gaya macam kerja-kerja bagus ja.Lagi saham tinggi la.Tah-tah dah kahwin berbini tiga.Bukan boleh harap sangat.Huh!


"Helloo..dah bisu ke Cik Junaidah kita ni?Errrr..Puan?"Soal Fikrie lagi sambil memetik jari betul-betul depan batang hidung aku.

"Cik la..."jawab aku sambil teruskan perjalanan.Kalau kawan-kawan lain aku jumpa,aku teruja.Tapi kalau si Fikrie ni,tak teruja langsung.Nak tanya khabar pun tak teringin walaupun tadi aku terkejut dengan kemunculan dia.

"Owhh..Cik lagi..ingatkan dah Puan..sebab dulu beria benar bagitau aku yang kau kalau nak cari boyfriend yang dah bekerjaya.Ingatkan masa tu memang dah ada.Mana nak tau lepas blajar terus khwin."Kata Fikrie sambil ikut langkah aku.Ciss..apahal plak mamat ni.Ikut aku plak.Ala...ni yang aku tak suka ni.Apahal plak berjumpa kali pertama lepas tak jumpa 6 tahun dah,ramah semacam.Gila..bukan aku baik pun dengan dia..Dia terus lagi bercakap dan bercakap sedangkan aku tak dengar apa yang dia cakapkan.Apa mamat ni,apa yang dia buat kat sini.Awat tiba-tiba ja ramah semacam ni.Nasib baik ada 7E kat depan,dengan pantas aku masuk.Fikrie pun turut masuk gak.

"Nak buat apa masuk sini?"Soal dia.

"Makan la.."Jawab aku sambil ambil roti kacang merah kat rak roti..Belum sempat dia nak bercakap,tiba-tiba telefon dia berbunyi.

"Sekejap yerr.."Katanya sambil keluar cepat-cepat dari 7E.Ah..lega..kerana dia la aku punya rancangan nak makan kat kedai mamak depan tu tak jadi.Tak pasal-pasal ubah niat makan roti ja.Dari tingkah laku dia aku memang dah agak dia nak pi makan dengan aku ni.Tak malu.Lepas bayar,aku terus keluar dari 7E.Aku nampak dia masih lagi bercakap melalui telefon bimbit dia membelakangi aku.Sesekali aku dengar dia ketawa kuat.Aku cepat-cepat jalan berlalu dari situ.Tiba-tiba aku dengar macam dia dok panggil nama aku.Dengan segera aku cepatkan langkah aku.Peluh dah memercik kat dahi.Aduh..Tension la macam ni..


Dua hari lepas kejadian,hidup aku tenang balik.Muka Fikrie aku tak jumpa tau nampak dah.Aku rasa mybe masa hari tu dia adahal kot kat sini.Lega jugak.Tapi tadi bila aku nak balik,aku terjumpa dia plak kat tempat letak kereta.Aduhh..

"Wah..masih pakai kereta kelisa lagi yeerr"Terkejut aku bila tiba-tiba ja Fikrie berdiri betul-betul depan aku masa aku cuba buka kunci kereta aku.Kereta aku takdak alarm.Main buka kat pintu j kunci tu.Hampir aku nak terjatuh.Dia ketawa bila lihat aku berkeadaan begitu.

"Apa ni??"aku segera menolak dada Fikrie.Dia berundur ke belakang sikit hasil tolakan aku.Geramnya hanya tuhan saja yang tahu.Macam mana plak dia ada balik ni.

"Hahahaha,..Gengster lagi rupanya..ingatkan dah bersopan berbaju kurung,berbaju kebaya selama ni dah buang perangai gangter.."Kata Fikrie sambil ketawa.Kurung?kebaya?Baru dua hari lepas aku pakai kebaya pendek.Mana dia tau..??

"Eh..suka hati aku la nak gengster ke tak..kau sakit hati ke?"aku balas balik kata-kata Fikrie.Dia hanya ketawa sambil berlalu pergi pada sebuah kereta Honda City yang diparking sebelah kereta aku.Kereta dia latu..nak tunjuk la tu dia pakai Honda City.Pakai pun Honda City second hand.Macam aku taktau.

"Aku kerja kat sini.Sebelah opis kau je pun.."Tanpa aku tanya,tiba-tiba Fikrie bagitau tempat kerja dia..Zulaifa Engineering.Loh..dia kerja sini ka?Patut la..kenapa la ya Tuhan kau temukan aku dengan mamat yang aku tak ska.Lepas tu opis plak sebelaah opis aku.Tension betul.
Dalam perjalanan pulang kerumah,hati aku tak tenang gila.Kenapa la aku benci sangat dengan dia,sepatutnya dia benci dengan aku sebab aku dah tendang kemaluan dia.Ini tidak,aku plak yang benci dia.Tiba-tiba aku teringat peristiwa 6 tahun dulu.Masa hari aku tendang kemaluan dia.Sebelum kejadian..dia ada buat sesuatu..Arrrggghhh! Aku tak suka kejadian tu.Benci-benci.
Sampai ja kat rumah,aku tengok adik aku sedang gubah hantaran kahwin dia kat ruang tamu.Adik aku yang muda dua tahun dari aku ni beria sangat aihh nak kahwin.

"Kak..cantik dak?Soal adik,Azreen aku bila aku terus ja duduk atas sofa bersebelahan tempat dia mengubah..Cantik la..Adik aku kalau bab-bab benda macam ni kreatif sangat.Aku pulak..Hah! jangan harap la.Aku lebih suka habiskan masa aku menghias kereta aku,tengok wayang..main game..haa..yang tu aku suka la..


"Kak..tadi makcik Rosmah datang..dia bawa anak lelaki dia..hensem ooo..."Adik aku tiba-tiba buka cerita.Makcik Rosmah?Aku kenal makcik tu.Dia rakan sekerja mak masa masih bekerja sebagai jururawat dulu.Mak dan Makcik Rosmah dah sama-sama pencen tahun lepas.Setahu aku,aku kenal semua anak makcik Rosmah tu.Anak dia semua ada 5 orang,yang sulung sama umur dengan adik aku si Azreen ni.Yang bungsu sama umur dengan adik Bungsu aku.Anak dia semua perempuan.Mai mana hensem plak ni.Adik aku mengarut betul la.

"Betul kak..dia ada anak lelaki sulung.Anak dia dengan suami first dia.Hensem gila.Nasib baik Reen dah nak kahwin.Kalau tak Reen dah ejas nak dia..hahahhaa"kata Azreen bila aku cakap dia mengarut.Anak sulung dengan Suami pertama?Aku tahu yang Makcik Rosmah dah berkahwin dua kali..tak tahu pulak dia anak anak dengan Suami pertama dia.Makcik Rosmah boleh dikira rapat jugak dengan mak aku.

"Wei..kak,hang lewat balik pasaipa?Pukul 9 baru sampai rumah.."Soal adik aku lagi.

"Aku pi makan la..aku tau mak tak masak hari ni..jadi aku makan siap-siap la.."Jawab aku balik.

"Sayang la hang tak balik awal..kalau tak hang boleh tengok anak dia..fulamak.."Azreen tak habis-habis lagi bercerita pasal anak Makcik Rosman.Tah apa-apa betul.Lelaki saja yang dia fikir.Patut la dia kahwin dulu dari aku.Oleh sebab dia dok puji anak Makcik Rosmah ja,aaku ambil keputusan masuk bilik aku.Lagi senang...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!