Selasa, November 30, 2010

JANGAN DOK BUAT TEKANA SELALU LAH..MELUAT AKU!

Ada seorang pakcik kat opis tegur aku..

"Mira..pakcik tengok hang sentiasa seronok(happy la tu..).Tak pernah pakcik tengok hang tak seronok.Kadang-kadang pakcik pikiaq macam hang tak pernah ada masalah kot..sentiasa senyum.gelak..Tak pernah tunjuk muka tension..pakcik syok tengok cara hang.."

Fuhhh...!!
Setakat ni..dah berpuluh orang yang aku kenal tegurr aku macam ni.Bos tempat lama aku,kawan-kawan pernah tegur aku macam ni.Depa cakap syoknya hidup depa kalau jadi aku.Takdak masalah,takdak tekanan..tak tension..tekanan kerja yang susah..

Tipu lah aku takdak tekanan..tipu la aku takdak masalah..aku pun manusia biasa jugak..mesti ada masalah la..ada problem..orang gila pun ada masalah dia sendiri.Tapi aku ada cara aku sendiri takmau hidup aku dirudung sedih,bermasalah..


1.PANDANG REMEH PADA MASALAH.

Huiii..tak boleh pandang remeh masalah ni..besaq ni..
Ni la ayat aku selalu dengaq kalau berkaitan masalah ni.Masalah banyak kategori sebenarnya..contohnya masalah duit(aku selalu ada masalah ni),masalah kerja(sama aku pun ada),masalah cinta(lagi ada banyak),masalah family(kurang..),masalah dengan kawan-kawan(takdak rasanya..) dan macam-macam masalah lain lagi malas aku nak tulis..huuuu..!

Hang tak payah la dok fikir masalah tu saja sampai satu kerja apa tak boleh buat..cari la jalan penyelesaian dia..Aku tau bukan sennang nak cari jalan penyelesaian..tapi dah dok pikir macam masalah tu terlampau besaq..otak pun blur la..bila blur..mula la fikir kemungkinan yang bakal berlaku la..itu la ini la..mula mai angin tension..muka dah jadi macam pungkoq ayam ja kalau tengok..kawan-kawan pun pun rasa takut nak tegur..cepat marah..plezz la..tu masalah kita sendiri..kita tak payah la nak marah-marah orang lain plak..apala..


2.SENTIASA BAIK DENGAN SEMUA ORANG.

Mak aku selalu berpesan.Kita kena baik dengan semua orang.Tak kira la dia fahaman apa pun.Kaki judi ka..pencuri ka,mat pitt ka..bohsia ka..kawan ja..janji kita tak ikut perangai depa sudah la.Hati tu penting bai..tetap pendirian.KATAKAN TAKNAK!
Apa aku melalut ni??hahahhaha..

Kat tempat kerja atau pun kat tempat belaja..tempat tinggal..mesti ada golongan yang tak sukakan kita walaupun kita ni dah jadi sebaik yang mungkin.Biasala,dalam diri manusia ni memang tak lari dari sikap sakit hati dan iri hati ni.Jadi,walaupun apa yang depa buat kat kita,layanan depa kat kita yang macam hampeh cilaka tu..kita tak payah la balas balik.Buat la macam biasa ja.Layan depa macam kita layan orang lain yang baik ngan kita.Tapi jangan la baik sangat macam heroin dalam drama Indon tu..tu sudah lebey..ingat kita malaikat ka?Cari jalan jalan yang baik,..bersemuka itu penting..masa bersemuka tak payah la cakap kasaq-kasaq.Cakap elok-elok..nescaya,depa akan hormat kita balik..Cewaaahhh! macam ustazah siot main nescaya-nescaya ni...hahahha..bila semua orang baik dengan kita..hati senang tak?mesti la senang kan..bila hati sennang,happy selalu la..apala..itu pun tak boleh pikiaq ka?


3.JANGAN ANGGAP KERJA ITU SATU BEBANAN.TERIMA DENGAN HATI YANG IKHLAS.

Kalau bab kerja ni la paling orang banyak problem sekali.Kerja banyak,kerja susah,bos macam hampeh,bos suka bagi tekanan,tempat kerja yang serabut tu la aku selalu dengar masalah orang pasal kerja.Aku pun ada masalah kerja jugak.Hang ingat aku minta ka kerja aku sekarang ni?Ingat aku puas hati dengan kerja aku la ni..langsung tak puas hati..Aku nak kerja luar..kerja lasak..tapi tengok la..aku dapat kerja dalam opis banyak..dapat bilik sendiri walaupun pintu dia yang tercabut(Incik Pegawai kata secara tak sengaja tercabut sebelum aku masuk kerja lagi..huu),tekanan kerja dari tiga orang bos sekaligus,ingat aku suka?Aku tak suka..Tapi buang la rasa tak suka tu..buang la rasa bebanan tu..isyaallah..kita akan rasa seronok buat kerja..bila rasa seronok,kerja yang kita buat akan rasa mudah.Betul aku cakap,sebab aku praktik benda ni..aku rasa kerja aku walaupun sesusah mana,walaupun tekanan hebat dari bos..tetap rasa mudah..cepat ja selesaikan kerja.

Lagi satu,kita kena ikhlas buat kerja.Aku tau bukan semua kita apat kerja yang kita impikan.Kadang-kadang kerja yang kita dapat langsung lari dari apa yang kita belajar dulu.Yela..zaman sekarangkan susah nak dapat kerja..mana ada peluang main sapu ja.Tapi tu bukan alasan untuk kita tak bleh terima lansung kerja tu..sampai prestasi kerja jadi hampeh..janji dapat dapat gaji bulan-bulan..Tak boleh..walau besaq manapun gaji kita,kalau tak ikhlas kerja..sentiasa rasa tak cukup duit..tu yang jadi tekanan tu..takdak duit memanjang..hahahaha


4.JANGAN SENTIASA BERGADUH ATAU CARI GADUH.


Zaman sekarang ni..orang cepat naik angin ramai..tak kira la laki ka pompuan,sama ja.Pantang silap sikit ja..zup..zap..zup zap bergaduh.Cuba cool sikit..Banyak beristifar..Jangan nak gaduh ja memanjang.Tambah-tambah dengan kawan-kawan.Sikit-sikit gaduh..sikit-sikit gaduh..hang tak puas hati kat aku..aku tak puas hati kat hang.Rasa sakit hati yang amat tu muncul la..mula la kata macam-macam kat kawan kita..kawan pun balas balik la..kata balik kat kita.Bila jadi macam ni..kita rasa tak seronok..rasa macam dikhianati dengan kawan sendiri.Please la..apa pun perangai kawan kita..cepat marah ka..cepat terasa ka..jangan ambik pusing..buat tak reti ja..bila dia dah ok..ok la..ni tak..orang tu tengah hangat..kita pun sama naik hangat la..ego la konon..mana boleh orang marah aku..cibai!!..
Tak boleh...kool..ikut rentak dia..nescaya..kawan akan baik dengan kita selamanya..

Kat tempat kerja dengan tempat belajar pun sama la..kawan serumah ka..sebilik ka..buat kool ja walaupun dalam hati membara gila..macam nak tonyoh-tonyoh ja budak ni..hahahaha..aku pun pernah rasa camtu la..hahha



5.JANGAN ANGGAP MASALAH CINTA TU BESAQ..BUKAN KITA KAHWIN LAGIPUN DENGAN CINTA KITA


Masalah ni aku syor orang perempuan ambil pusing gila babi punya la..gaduh sikit tak lalu makan..gaduh sikit takdak mood nak sembang..gaduh sikit habis orang lain kena marah sama dengan kita.Gaduh sikit berkurung dalam bilik tak bercampuq dengan family..berundang airmata konon..macam la kekasih kita yang beranakkan kita..kasi kita makan.Adooiiii...
Klau kita gaduh dengan boyfren/grilfren tak payah la nak tunjuk tekanan gila babas sampai orang lain tengok pun tension sama..tu antara hang dengan Si dia..hang setel la dengan dia.Hubungan hang dengan orang lain kena macam biasa la..dengan family pun macam biasa la.Ni adik beradik seronok bersemmbang kat luar..kita dalam bilik macam kera sumbang..lama-lama hubungan kita dengan adik beradik..family boleh renggang kalau macam ni punya perangai..bila renggang mula la fikir.adik beradik tak sayang la..mak ayah tak ambil peduli la..cuba fikir balik apa yang kita dah buat berpunca depa buat lagu tu kat kita..ni bila jadi camtu tensionnn!!! ja..Alahai..


6.BANYAKKAN AKTIVITI DENGAN KELUARGA


Haaaa..aktiviti dengan keluarga paling aku suka sekali dalam hidup aku.Port family aku selalu lepak kat ruang tamu la..segala masalh semua aku luah kat situi..macam tu jugak la dengan ahli keluarga yang lain..buat lawak..la..tengok tv sama-sama.tak pernah miss la..Shopping sama-sama-tengok wayang sama-sama..semua bersama-sama.Jangan la jauhkan diri dari family..aku gelar orang macam tu jenis sakit jiwa.Kalau ada problem,bincang..macam tu la yang family aku buat.Awal tahun dulu,punca aku tak tulis blog sat sebab ada angin ribut dalam family aku.Punca dari aku sendiri la.huhuhu..Tapi aku cepat-cepat setel.Jangan pendam dalam hati..jadi penyakit tekanan lama-lama..
huhuhuhu..


7.SENYUM DAN BERTEGUR SAPA DENGAN ORANG LAIN.

Pernah dengar lagu senyum nyayian Malique dengan Najwa.Aku suka lagu tu..lirik tu dah mengambarkan kalau kita sentiasa tersenyum..hati riang ria hari raya.Bertegur sapa la dengan orang selalu.Kita akan mudah dapat kawan.Kalau ada ramai kawan,kalau ada masalah,depa boleh setel.Jangan sombong.Hidup kita akan berseorangan.Bila seorang..takdak keceriaan dalam hidup kita..
heeee!


Tu saja kot..banyak lagi..tapi aku ada banyak kerja nak setel..ni pun stop sat..sambung balik tulis..pastu stop sat buat kerja..pastu sambung balik tulis..
hahahhahahhahaha..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!