Isnin, Oktober 04, 2010

KALAU PELANGGAN SANGAP,APA JADI KAT AKU?

Sejak partner aku Si Naim tu dah bertukar ke Langkawi.Aku memang risau betul.Bukan sebab aku takleh dok saja sedangkan dia buat kerja,tapi aku risau sebab lepas ni aku akan pi buat doket ataupun baiki kerosakan sorang-sorang.Aku tak kisah kalau nak pi rumah pelanggan atau pi panjat tiang tinggi-tinggi,tapi tau-tau la kan zaman sekarang ni banyak lelaki gila seks.Bos besar aku si Doktor tu pun pernah bagitau kami yang perempuan-perempuan yang jawat jawatan Flying Angle merisaukan dia.Takut-takut masa pi baiki kerosakan kat rumah pelanggan,pelanggan tu lelaki plak..takdak orang lain kat rumah tu,kalau dia mai angin sangap,tak ke haru.

Berhari-hari aku pikir..last-last aku dapat idea.Jadi tadi dalam meeting aku luahan perasaan yang terpendam aku ni..

"Jadi sampai sini saja la mesyuarat kita,jadi saya kena tnaya sorang-sorang la masalah yer..Mula dengan Yazid,ada masalah?"Mr.Eksekutif mulakan peranannya sebagai bos yang baik.Yazid pun luahan la masalah kerja dia.

"Ok..nanti kita settle problem ni.Hah mira,ko ada masalah apa?Soal Mr.Eksekutif kat aku plak.

"Masalah saya besaq bos.."Aku jawab dengan muka angker.

"Pulak..masalah apa hang?saya tengok hari-hari tau gelak buat lawak ja.."Incik Pegawai 1 menyampuk.

"Macam ni...Naim dah takdak..takkan saya nak pi attend doket sorang-sorang.Paham-paham la orang gila banyak..satgi tengah buat kerja depa terkam saya macam mana?"Semua gelak dengan persoalan aku...apala..aku serius ni.

"Habis tu hang nak kami buat apa?"Soal Incik Pegawai 2 plak.

"Macam ni..nanti bila Rostam dah mai kerja,saya nak jadi partner dia boleh?kalau dia tak boleh buat kerja apa-apa takpa,saya buat semua.Dia cuma jadi partner saya ja..ajar yang mana saya taktau buat.."Aku bagi cadangan yang bernas.

"Huuuiii..mira..tak boleh..mana boleh mira ngan Rostam..dia nak kahwin bulan 12 ni..bahaya.."Encil Ismail Daud pulak nak buat ayat onar.

"Loh..saya bukan nak goda dia...saya nak kerja ngan dia...apala..."aku jawab balik..

Dan permohonan aku tu akan dipertimbangkan..
Legaa....

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!