Isnin, Oktober 11, 2010

GANGGUAN SEMASA TIDUR

Malam ni aku tekad nak tidur awal.Sebelum pukul 1o malam aku kena paksa otak aku ke alam mimpi dah.Nak buat macam mana,mata aku dah mengalami proses ketuaan..mana tahan kalau tidoq lewat.


Semalam,suasana tidoq aku macam dalam neraka dunia.Mula-mula masa aku tengah tidoq baik punya,tiba-tiba aku dengar orang menjerit.Walaupun mata aku dah tua,telinga aku masih lagi dara muda,dapat menangkap bunyi dengan jelas walaupun bunyi kentut yang slow tu..ala..yang bunyi psssttt..tu.Ni kan pulak bunyi orang menjerit.Dengan serta merta aku bangun.Aku jenguk luaq bilik aku.Aku syak mesti Aloyah menjerit sebab nak jawab soalan matematik esok(hari ni la)

Bila aku syak Aloyah yang jerit,bukan hantu,aku tidoq balik.Baik punya layan mimpi jadi Alice Resident Evil,tiba-tiba aku rasa perut aku kena tendang.Aku tau zombie tak pandai menendang dan aku syak ni bukan mimpi punya aksi.Jadi aku buka mata.
Aku tengok Azhan baik punya dok tendang perut aku berkali-kali sambil pejam mata.Nasib baik aku tak mengandung..kalau tak sakit keguguran tuhan saja yang tau(mana aku tau?aku pun taktau..main hentam tau ja)
Tidak tahan dengan aksi beliau,aku kilas tangannya sambil jerit kat telinga dia persis Sarjan jerit kat Prebet..

"Budak!! kalau hang tendang akak lagi,aku tendang hang masuk bilik Angah!!!"

"Ala...orang nak main bola pun tak boleh"Jawab Azhan sambil mata terpejam lagi.Dasar pengigau yang takut tidoq sorang-sorang.Hang kata perut aku yang sedikit buncit ni bola..pasrah gila.

Bila keadaan aman,aku sambung balik tiduq,layan balik mimpi jadi Alice.Tiba-tiba hanset aku berbunyi la plak..Arrrrrggghhh..sapa plak tipon malam-malam ni?(mybe dah pagi kot).
Aku dengan gaya malas jawab la panggilan tu.Aku taktau apa yang aku kata kat Incik Bacho sebab yang aku ingat dia dok gelak sakan lepas tu tanya soalan macam-macam tapi aku tak ingat.Aku ingat dia dok gelak ja.Orang tengah high tidoq mana ingat apa kan.
Last-last aku pun taktau bila aku abis cakap dengan dia.Tiduq aku kembali aman,tapi aku rasa tak sampai sejam aku tidoq aku dengar orang gerakkan aku plak..

"Budak!! bangun la wei..5.30agi dah..baju sekolah adik hang dah iron ka dak lagi??"
Loh..mak aku plak gerak.Huhuhuhuhuhu
Kalau tak bangun nanti dikatakan anak derhaka plak.Jadi aku pun bangun la.
Makanya aku harini mata macam panda lagi kat opis.

Tengah buat kerja,Incik Bachok kol aku.Katanya semalam aku mengigau dan cakap bukan-bukan kat dia.Jadi aku tanya dia apa aku cakap.Mana tau aku cakap lucah dengan dia ka masa mengigau.Katanya aku cakap macam ni..

"You jangan percaya dengan nama I.Nama I selalu cakap bohong dengan u(bila masa nama aku boleh bercakap).Dia selalu tipu You.Kancil I cakap benar..I minta maaf sebab nama I banyak bohong u.Dia memang nakal sikit.Janji tau..jangan percaya cakap dia..Cakap I u mesti percaya.Nama I memang lawa..tapi dia memang cakap bohong selalu.."

Dan beberapa lagi ayat merapu yang keluaq dari mulut aku.
Aku tak paham la..Apa kena dengan nama aku?

Aku ngantuk!
Nak tidoq dah...

6 ulasan:

4evr berkata...

tido la erkk..nnti tmbh nigau pla p kuar umh ngn mata trtutup..sedaq-sedaq kt dh smpi kt tempat keja..huhuh..lol

Amira Amair The Poyos berkata...

4evr..

tgk2..aku dh da kat hg..
mampoih hang..
hahahhahhaha

weengurl berkata...

haha..lawak thap gaban..kem slm salam kat nama hg..haha..adeh...pecah perut aku..haha..satu hari aku dok bgelak..thanks to you..haha...(Hari ni dlm sejarah aku mood elok..haha)

S.A. berkata...

huhu... teruk tol high... sampai nama pun leh cakap...

Amira Amair The Poyos berkata...

WEEN..

YAKA?KALAU MCM TU HG KNA BC BLOG AKU HARI2 LA BG MOOD HG OK..
HAHHAHHAA

Amira Amair The Poyos berkata...

S.A..

High mengatuk takpa..jagan high isap dadah..
kikiki

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!