Sabtu, Oktober 16, 2010

NAGA..ADAKAH MENATANG NI WUJUD ATAU MITOS?

Sejak dari aku kecik lagi,aku selalu tertanya-tanya menatang ni wujud ka?atau hanya mitos rekaan sesuatu kaum.Tapi bila aku kaji balik,cerita mengenai naga,rupa bentuk lebih kurang sama saja walaupun berlainan negara dan benua.Malah negara kita pun ada cerita tersendiri mengenai naga.Antara tempat-tempat yang dikaitkan dengan naga ni ialah Pulau Tioman dan Tasik Chini.Rupa bentuk naga melayu ni tidak diterangkan secara jelas,jadi aku pun tak boleh nak gambarkan macam mana rupa naga ni..

Menurut cerita arwah tokwan Non,Pulau Tioman terbentuk dari sepasang suami isteri naga yang berasal dari tasik Chini,Pahang.Tapi malang ketika depa tengah bersiar-siar depa terdengaq plak bunyi ayam berkokok.Pantang naga ialah tak boleh dengar ayam berkokok..kenapa?mana la aku tau kan..lepas ja dengar ayam berkokok..naga betina berubah menjadi sebuah Pulau..Pulau Tioman la..yang jantan tu aku taktau jadi apa..hehhe..

Kat tasik chini plak,aku taktau..yang aku tau nama naga kat tasik chini tu ialah Naga Sri Gumum..amboiiihhhh..betina kot...ada sri-sri ni..hihihihi....

Setiap cerita naga yang diceritakan dari setiap benua seolah-seolah sama seperti ada kuasa magis dan rupa macam ular atau menatang reptilia..

NAGA EROPAH

Naga di Eropah digambar macam ular tapi ada sedikit rupa dinasour yang besar dan mempunyai dua tangan dan dua kaki serta bersayap.Naga Eropah jugak digambar boleh mengeluarkan api dari mulut dia dan tinggal dalam gua.dalam budaya depa juga,naga ni bersifat jahat dan ada kaitan dengan peperangan.Ada juga naga dianggap sebagai pelindung pada sesebuah negara kat Eropah.Contohnya kat negara Slovenia.


Naga Eropah
NAGA ASIA
Dalam bahasa Cina naga disebut sebagai Long,manakala Jepun pulak memanggil naga dengan panggilan Hiragana dan Korea plak naga dipanggil Hangul.
Nama bagi ketiga-tiga negara ni adalah sama dari bentuk badan yang panjang seperti ular,bersisik dan ada 4 kaki..naga boleh terbang tapi takdak sayap macam naga Eropah.Kalau kat Eropah naga dianggap jahat dan makan orang,naga depa ni pulak digambarkan lambang kekuatan dan tuah.Naga juga dikatakan mengawal hujan dan banjir..Mak aaiii..macam-macam la..



Naga cina pada ukiran kayu yang dibuat pada abad ke 19.
Apa-apa pun...jom tengok naga yang pandai menyanyi..


Masa aku tengok filem Magika ni dengan Azhan dan Incik Bachok hujung bulan lepas,depa asyik gelak ja tang adegan ni..aku yang dok kat tengah sakit telinga tau.Sampai berterabur popcorn..aku jugak jadi mangsa...
Lepas bagi amaran,M.Nasir berubah jadi naga Eropah..Edry KRU terpengaruh dengan Naga Eropah ni..
huhuuuhuhhuhu

2 ulasan:

Tiera berkata...

gmbaq naga mlayu xdak ke mira?

Amira Amair The Poyos berkata...

tiera..

Gambar naga mlayu takdak rekod..taktau la rupa dia camne kan..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!