Selasa, Oktober 26, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:WANI DAN AKU..NAMPAK LANGSUIR OR PONTIANAK?

Pada pertengahan tahun 2007 dalam bulan 7 atau 8,aku dan sepupu aku yang bernama Wani ambik keputusan nak cari kerja sambilan selepas aku baru je tamat belajar kat politeknik Kulim dan Wani plak oleh sebab dah lama dok melangut kat rumah lepas tamat tingkatan 6.

Cari punya cari last-last kami diterima kerja sebagai jurujual di Pasaraya Longwan dekat Kulim,Kedah.Masa kerja kami masa tu dari pukul 11 pagi sampai 11 malam.Letih memang letih tapi syok sebab dapat tengok gelagat orang.



Sebenarnya jalan yang kami selalu lalu dari Tasek Gelugor,Penang ke Kulim,Kedah ialah jalan biasa,bukan highway.Sebab kalau ikut highway memang 2 kali ganda jauh dari ikut jalan biasa.Cuma 20 minit saja.Jalan yang kami lalu tu pulak jalan yang kiri kanannya ladang kelapa sawit dan ladang getah.Lampu jalan pun takda.Tapi oleh sebab aku dah biasa berulang alik dari politeknik ke rumah masa belajar dulu,jadi jalan tu tak jadi masalah bagi aku kecuali Wani,dia memang takut kat jalan tu.



Satu malam,lepas saja punch card aku dengan Wani cepat-cepat naik kereta nak balik sebab malam tu kami tertutup lewat sikit sebab ramai orang sangat tadi.Masa tu dah pukul 11.30 malam dan semua kedai dah tutup.Pelan-pelan aku bawa kereta.Elok saja kami dah masuk dekat kawasan jalan tu(lebih dikenali sebagai jalan Bukit Tualang) aku rasa seram semacam.Tak macam selalu,relax ja..aku jadi gelisah malam tu...Dah la lampu jalan takdak..aku bawa kereta pada tahap paling selamat la untuk jalan yang ada lengkok-lengkok.



"Weh mira,mu bawa kheto laju sikit la..aku takut ni.."Tiba-tiba Wani bersuara dengan sedikit getar dalam loghat Kelantan dia.



"Weh..mana boleh.jalan lengkok-lengkok bawa laju..lori ka,keta ka kat depan..naya ooo.."Aku pulak jawab..tapi sebenarnya aku pun rasa semacam jugak..Yang si Wani ni dah mula pegang bahu aku.Taktau la apa motif dia buat macam tu.Bunyi radio menyanyi pun tak boleh hilangkan rasa gelisah aku,Tapi aku cuba buat muka relax sebab semua family aku tahu,aku memang berani selama ni.Tambah-tambah plak sebelum ni mak aku selalu kerasukan.benda macam ni dah jadi macam biasa ja..tapi malam tu?tah la...perasaan tu memang semacam gila.Masa pun rasa macam lama sangat..



Tiba-tiba radio buat hal..sekejap berbunyi,sekejap tak.Aku ketuk-ketuk radio aku berkali-kali.tak ok jugak..



"Awat plak radio ni?tadi ok ja..."aku mula nak naik angin..



"Mana aku tahu..tu radio kheto mu..buke kheto aku.."Wani jawab pertanyaan aku.Loh..aku bukan tanya dia pun..aku tanya kat diri aku la mek kelate ooiiii..Aku diam ja lepas dengar jawapan Wani tu.Tiba-tiba lepas ja kami melalui sebuah kuil hindu,Wani tepuk paha aku.Aku terus pandang Wani.Wani masa tu tengah pejam mata sambil pandang bawah kaki dia..



"Awat ni Wani?Aku soal panik.



"Weh,,mu nampok tak apo yg aku nampok mira weiii...kat belah mu tuuu..."Jawab Wani sambil terketar-ketar lalu jari dia terus tunjuk kat tingkap kereta belah aku.Aku pun pandang la..

Ya Allah..aku nampak satu benda putih tengah terbang dari sebatang pokok kelapa sawit ke pokok kelapa sawit yang lain seolah-olah dia ikut pergerakan kereta aku.Nampak jelas rambutnya yang panjang mengerbang.Dengan serta merta aku pandang ke depan balik...Peluh dah memercik aku satu badan walaupun aircond terpasang.Aku segera tekan minyak untuk lebih laju.Tapi entah macam mana rasa macam kereta ni slow lagi.

"Mampoh la kita mira weii..nate tu ikot kito doh..mampoh!!!"Wani tiba-tiba jerit.Loh minah ni awat taktau..jangan la jerit..kang jadi macam kes Paklong dulu baru tau..

"Hang diam boleh dak Wani??!! aku tengah bawa keta ni!!"Aku terus marah Wani.Wani yang panik terus diam.Aku bawa kereta tak pandang kiri kanan dah.Dalam hati dok doa minta cepat la keluar dari jalan ni..Dari ekor mata aku,aku tau benda tu terbang-terbang lagi dari satu pokok ke satu pokok.Sambil-sambil tu aku baca ayat kursi dan segala Qul..

"Weh mira..dio mace nari-nari pulok!! mampoh kita..mampoh...!!"Wani yang diam bersuara panik balik.Adooiii la..,macam nak tendang keluaq ja budak ni dari kereta.

"Hang boleh dak jangan tengok dia..pandang ke lain!!"Aku segera tegur Wani.Macam budak kecil,dia ikut ja kata-kata aku.

Aku terus ja bawa kereta sampai la kami lalu kat jalan kereta api..masa tu kat gate ketapi tu ada beberapa orang pakcik,mesti penjaga gate kot tengah bersembang.Aku pun try ushar..benda tu pun hilang camtu ja..Lagi pun lepas ja lepasi jalan ketapi tu.Rumah orang dah mula banyak kat tepi jalan.Kedai-kedai makan pun ada banyak.Budak-budak yang melepak kat simpang sambil main gitar pun banyak.Rasa memang lega gila-gila.Muka Wani pun tunjuk wajah kelegaan yang amat sangat.Esoknya,kami dua-dua demam.Dan beberapa hari lepas tu,kami berhenti kerja.
Huhuhuhuhuhuhu..

2 ulasan:

weengurl berkata...

dasyat lah hg..nmpk terus...aku xpenah la sampai nmpk terus..alhmdullilah..len kali hg bg kawan hg tu pengsan sat...aku turut sama naik pening..ahaha

Amira Amair The Poyos berkata...

Ween..banyak kali jugk la nmpak..tp ni lg dasyat..
kalau boleh takmau nmpak dah..tu kali terakhir nmpak..alhamdullilah..

Tu bkn kawan..tu sepupu made from kelantan..
hahahahhaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!