Selasa, Oktober 19, 2010

GADIS CANTIK YANG DISUMPAH BERNAMA MEDUSA

Kalau tengok filem-filem klasik keluaran Hollywood.Kalau filem yang mengisahkan pahlawan-pahlawan greek atau mengenai dewa-dewa depa,watak Medusa mesti ada.Selalunya watak Medusa ni digambarkan sebagai seorang gadis yang memiliki rambut ular dan memiliki pandangan mata yang membuatkan sesiapa yang melihat akan menjadi batu.

Medusa ni sebenaqnya la ialah perempuan cantik yang jadi pendeta kuil dan menjaga kuil milik Dewi Athena,dewi kebijaksaan,strategi dan peperangan..amboihhh..kalau dikalangan dewa dewi ni,dia dikira jeneral peperangan kot..hahahhahaha..

Tapi malangnya si Medusa ni bila satu hari dia dirogol oleh Dewa Poseidon,Dewa laut dan sungai.Cisss..teruk betul la dewa depa ni.Siap rogol orang lagi.Macam ni pun boleh disembah ka?Rosak-rosak..jahanam-jahanam.huhuhuhu..







Aku tengok muka macam Angelina Jolie pun ada..hahahhaa..

Bila Dewi Athena dapat tau kejadian rogol ni,Dewi Athena jadi marah lalu mengubah rambut Si Medusa ni jadi ular dan bersumpah sesiapa yang memandang mata Medusa ni.Maka depa akan jadi batu.Kesian..dah kena rogol..pastu kena sumpah plak..bukan salah dia pun..salah Dewa Poseidon tu ha...hang pi la sumpah si perogol tu..yang hang sumpah mangsa pasaipa..Nampak sangat ketidakadilan disitu..wakakakkkaa..macam la cerita ni betul..padahal dengeng mak enon ja..

Medusa ni dibunuh oleh seolah pahlawan greek yang bernama Perseus atas arahan Raja Polidektes dan meminta kepala Medusa sebagai hadiah..Loh..pulak...apala..Dengan bantuan Dewi Athena,yang beri dia kasut bersayap..(ada cerita kartun pasal kasut bersayap ni...tapi bkn keluaran disney la..),pedang dan perisai yang ada cermin,maka se Perseus ni boleh la bunuh si Medusa ni dengah tanpa melihat muka dia.Tengok bayangan dia kat perisai bercemin tu dan Zaaapppp..!! kepala Medusa pun tergolek la kat lantai...

Ukiran patung Perseus memegang kepala Medusa yang diukir pada tahun 1514 oleh Benvenuto Cellini
Selepas ja memenggal kepala Medusa,Perseus tak bagi pun kepala Medusa tu kat Raja Polidektes.Sebaliknya dia serahkan kepala Medusa pada Dewi Athena lalu Dewi Athena tu pun lekatkan kepala Medusa pada sebuah perisai yang diberi nama Aegis.
Ni adalah sedutan bagaimana Perseus nak bunuh Si Medusa ni dalam filem Clash Of The Titan.Filem ni sebenarnya dibikin semula dari filem asal yang dikeluarkan pada tahun 1981.
Tapi video dia ni aku ambik dari yang terbaru la...






Tapi buku yang pernah aku baca dulu la..abah pernah beli,Medusa berkaki manusia,cuma rambut ja rambut ular...huhuhuhuhuhuhu...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!