Sabtu, Oktober 09, 2010

FILEM FEVERAT:DRACULA(1992)

Filem ni diangkat dari novel karya Bram Stoker yang diterbitkan pada 1897.Novel ni Bram Stoker tulis berdasarkan kisah benar mengenai seorang pahlawan Romania atau Transylvanian kalau tak silap aku la yang bernama Vlad III Dracul yang lebih dikenali sebagai Vlad the Impaler
sebab dia telah menyula hampir 40 000 atau 100 000 orang masa dia pi berperang dengan Ottoman Turk(Turki kot,aku bukan tau sangat sejarah ni..hahahhaha..main cerita ja ikut pala aku).

Jadi Si Bram Stoker ni menulis cerita Dracula ni berdasarkan pasal si Vlad Dracul tu la.Cuma dia buat jalan crita jadi baik punyerrr..Sejak novel ni diterbitkan terus la cerita Dracula ni jadi terkenal dan tersebar merata sampai hollywood pun dah banyak buat cerita pasal Dracula ni sejak dari zaman filem bisu lagi yang bertajuk Nosferatu yang dikeluarkan pada tahun 1922.Aku dah tengok..borink siot..hahahah
Jadi dalam banyak-banyak filem Dracula..Filem ni la aku rasa menepati macam yang tertulis dalam novel Bram Stoker ni.


Novel Dracula

Ni la Bram Stoker



Poster Filem Dracula
Trailer filem Dracula




Cerita ni dimulakan dulu dengan Cerita pasal si Vlad Dracul yang membunuh banyak orang yang tidak berdosa semasa tahun 1462..Tiba-tiba isteri dia,Elisabeta mati membunuh diri bila dapat tahu pasal kekejaman dia(ataupun ingat dia mati masa perang kot).Marah dengan kematian isterinya buatkan si Vlad Dracul telah mencela dan menyumpah tuhannya selain berjanji akan bangkit dari kuburnya satu hari nanti untuk menghidupkan kembali isterinya dengan kuasa gelap(setan la tu..)
Pada tahun 1897,seorang kerani peguam bernama Jonathan Harker(Keanu Reeves) dari London telah belayar ke Romania atas urus pembelian tanah estet tak silap aku la.Tanah estet tu kat London manakala si pembeli tu adalah seorang kaya berketurunan Bangsawan bernama Count Dracul(Gary Oldman).Satu hari semasa Jonathan berada di istana milik Dracul,si Dracul ni telah terlihat gambar tunang Jonathan yang bernama Mina(Winona Ryder) yang menyerupai wajah Elisabeta,isteri Vlad Dracul..jeng..jeng..jeng..
Jadi Si Dracul ni belayarlah ke London(dulu takdak kapal terbang ye..)semata-mata hendak bertemu dengan Mina ni.Dipendekkan cerita si Mina dah jatuh hati pada si Dracul ni dan macam di rasuk la..Jadi Family Mina ni minta bantuan seorang Paderi yang juga seorang doktor yang bernama Doktor Abraham Val Helsing(banyak jugak cerita pasal Val Helsing sekarang ni..)

Dracul dan Mina



Ni orang panggil Dracula Bride..




D Dr Abraham Val Helsing
Ingat senang ke nak bunuh Dracul ni.Dah la dia bawa lari Mina pi Romania.Jenuh ligan..hahhaha..Tapi last-last depa berjaya jugak la bunuh si Dracul ni.Dracul ni bukan apa,dia setia kat bini dia ja...sebab tu yang jadi camtu tu..
Tapi cerita i budak-budak takleh tengok la..ahak tott jugak la..hehehe..
DVD dia hilang.Sebab tu aku tak ingat sangat.First time aku tengok cerita ni pun masa darjah 5.Tengok tanpa pengetahuan mak abah plak tu...Isshhh..teruk betoi aku ni..
hahahhahahahahh...


2 ulasan:

YayaHaidan berkata...

uishh..cambest citer ni.. mne nk cri ea.. download ker??

Amira Amair The Poyos berkata...

yayahaidan..org zaman skrg tau download ja akn..
kikikiki..
Ceq tgk citer masa zaman tape lg..
pastu bli vcd..pastu bli DVD..
Sikalang dwnload la..jimat duit..kikikiki

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!