Khamis, Oktober 28, 2010

BIGFOOT..ADAKAH BELIAU SEEKOR HAIWAN ATAUPUN SEORANG MANUSIA YANG ADA MASALAH BULU BANYAK MACAM AKU.

Dulu masa aku kecik-kecik dulu,ada satu filem yang abah kasi aku tengok, mengisahkan satu keluarga yang pergi bercuti masuk hutan,malangnya si bapa telah melanggar seorang haiwan yang besar gila,berbulu dan seakan-akan gorila.Jadi depa bawa balik menatang tu kat rumah dan diberi nama Harry..Tanpa family tu sedaq,Harry tu rupanya seekor Bigfoot yang jadi buruan ramai..maka kekecohan pun terjadi la dalam family depa..

Sebenarnya menatang apa Bigfoot ni?Adakah beliau comel seperti Baby kucing aku,ataupun secomel arnab idaman kakak Incik Bachok,Si Tiera tu??
Jangan berangan la kata Bigfoot tu comel..ungka lagi comel tau..

Bigfoot ni adalah seekor makhluk yang misteri nak mampus yang besar gila,berbulu tebal dan kasar yang menutupi seluruh badan dia,termasuk tang 'anu' dia(pada perkiraan aku la..hehehehe).Bigfoot ni telah dijumpai atau telah dinampak oleh orang awam di daerah-daerah tertentu kat Kanada dan kat Amerika Utara sejak dari abad ke-19 lagi.Menurut orang yang pernah nampak Bigfoot ni,depa anggarkan berat Bigfoot ni mencecah 400kg berdasarkan kebesaran tapak kaki dia.Kaum Red India mengelar Bigfoot ni Sasquatch sebab menatang ni kira haiwan lagenda depa la...

Ada setengah mengatakan menatang Bigfoot adalah makhluk dari sisa-sia tinggalan zaman purba.Ala..cicak dengan buaya pun dari zaman purba gak..depa alami proses evolusi..tu yang kecik tu..gajah..rimau bintang,ikan paus..tu spesis haiwan purba yang alami proses evolusi la tu..(aku rasa la..hahahahha..ingat aku pandai ka?).Selain di Kanada dan Utara Amerika,Bigfoot jugak didapati terdapat di Tibet,Nepal,China dan Australia(sebok ja negara si Howard ni..benci aku)


Gambar Bigfoot berjalan ala model..yang ditangkap oleh seorang lelaki bernama Patterson.



Bigfoot ni mempunyai sifat macam kera dan monyet atau gorilla tapi dia berjalan tegak la.Orang yang tinggal kat sekitar Pergunungan Himalaya selalu la dengar bunyi dari Bigfoot ni tapi Bigfoot tak ganas pun,tapi pemalu.(malu konon..blah la..).sebab tu la memang susah nak nampak dia..Kalau ditengok dari sifat bentuk badan semua la..pkar-pakar haiwan syak yang beliau adalah haiwan jenis Gigantopithecus.Tulang-tulang menatang ni banyak terjumpa kat cina dan ada jugak yang kata bigfoot ni spesis Homoerectus (kera berjalan tegak).

Apa dalam bulatan ni pun aku taktau..hahahha


Hantu ka..bigfoot ka..aku taktau..
Sampai la misteri pasal bigfoot ni tak terungkap la..aku pun pening jugak bila tengok discivery pasal Bigfoot ni..jadi..mari kina pening bersama-sama pikir apa benda Bigfoot ni yang sebenarnya??



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aiyak menatang renab pon ada jgak..uit mira! mne hg tau tang anu dia ada bulu..oww skodeng ye.clearrr wooo..bersih.hahaha

Mrs Poyo berkata...

Tiera..

haaaa..mana hg tau anu dia clear?hg pun skodeng ni..hahahahahhahaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!