Isnin, Oktober 11, 2010

SIREN BERBUNYI..SILA KETEPI

Tadi masa balik dari kerja,aku layan sembang dengan Kak Ain,tiba-tiba bunyi siren la plak.Aku taktau siren apa.Telinga aku bukan pandai pun nak beza jenis-jenis siren ni.,yang mana satu siren polis,yang mana satu siren bomba,yang mana satu siren ambulan.Bagi aku sama ja...ka bunyi semua siren sama?

Last-last aku dapat tau jugak tu siren ambulan.Sebagai warga yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat,aku dengan rasa malu dan irihati(sebab aku takdak siren)bagi signel nak ketepi sikit bagi laluan kat ambulan tu.Tapi yang buat aku bengang ialah kereta kat depan aku tu.Dah tau ambulan nak lalu yang hang buat bangang tak bagi laluan pasaipa?hang ingat hang raja?Ka hang spesis bangang?

Apa punya manusia la kereta vios tu(bukan kereta,pemandu dia).Tak belajar sivil ka?ke sivik?aku pun taktau..
Dah tau ambulan dalam kecemasan,bagi la laluan,mana tau ada orang nak beranak ka..eksiden ka..kalau takdak kecemasan pun sebab dia saja bagi bunyi siren,hang bagi la jalan jugak..bodoh..naik ja kereta import..otak letak kat alas kaki.

Aku kan..kalau bab-bab ambulan nak lalu sensitif sikit..bagi laluan.Melainkan la kereta menteri-menteri mana lalu ka.Siap pakai abang polis trafik jadi eskot..Pastu buka siren,memang aku tak bagi can..orang lain ketepi aku buat derk ja..Apa dia ingat dia menteri dia kena bagi keistimewaan?Dia jadi menteri pun rakyat pilih..tiba-tiba nak buat ek plak..Bukan hang nak beranak pun dok kalut-kalut suh orang bagi laluan.Bengong punya menteri-menteri.Semua sama ja...Penah sekali aku buat macam tu..hahahha..

Tau apa nasib aku..?motor abang polis tiba-tiba kat tepi kereta aku,dok buat isyarat suh ketepi..Mentang-mentang aku pakai kancil,hangpa pakai camry,hampa halau aku ketepi noh..nasib baik abang polis muda..kalau tuaa.....
Agak-agaknya aku kena ISA tak?

hahahhahahhahaha

2 ulasan:

Amir Syahir berkata...

keh2..kalau kapal selam berbunyi cmne?

Mrs Poyo berkata...

hiro..

siren kapal selam?
Aku rasa tempat keluarkan siren just keluar buih-buih ja kot masa berbunyi..mcm kita kntut dlm air..kuar buih..hahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!