Rabu, Oktober 20, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:MAK BERCAKAP DALAM LOGHAT PARIT

Aku lahir dalam sebuah keluarga yang tak berapa percaya dengan benda-benda mistik,tahyul mahyul atau bomoh-momoh ni..Tapi bila satu kejadian yang terjadi sendiri kat dalam family aku yang buat pemikiran aku terhadap benda-benda mistik ni berubah sama sekali.Bukan takat aku,tapi abah aku sekali.

Pada satu tengahari tahun 2000,kami masih lagi tinggal kat Ipoh,Perak.Masa tu aku baru tingkatan satu,Mirul plak masa tu darjah 3,Aloyah plak masa tu baru umur 5 tahun dan Azhan plak baru umur 2 tahun.Masa tu tengahari..tengahri rembang(orang tua-tua cakap time ni pun setan berkeliaran..tah betoi,..tah idak..huhuhu)..aku dengan adik-adik aku tengah melayan TV..mak pulak dok layan masak kat dapur sambil dengar radio Era..Sambil mak memasak..aku dengar la mak dok gelak-gelak.Mybe terhibur la kot ngan celoteh DJ radio..kemudiaN dengan secara tiba-tiba suasana rumah macam sunyi ja..then aku cuma dengar suara mak dok gelak-gelak.Aku pun buat tak reti sambil jaga Azhan,aku layan Tv dengan adik-adik yang lain..

Tapi aku dengar mak duk gelak makin sakan..makin kuat..pelik jugak..aku pun pi kat dapur..aku pi dekat mak aku yang tengah dok masak ayam masak merah..dari belakang mak punya rambut,mak aiii..macam serabut ja..nak mengerbang sikit..mak plak rambut panjang time tu..aku pun tegur la..

"Mak..awat mak gelak sakan ni...?"Mak pun jawab..

"Takdak pa la.."sambil diiringi gelak mengilai..Aku tengok muka mak pucat gila..macam mayat.So aku tanya lagi mak..mak tiba-tiba merengus sambil pandang aku.Mata dia merah.Ayam dalam kuala abis dicampak-campaknya kat dinding..abis berterabur kat lantai.Lepas tu mak mengilai..

Hihihihihihihihihihihi...

Punya la panjang lagi nyaring.Aku rasa seram gila.Aku syak mak sakit ni.Taktau pulak apa sebenarnya terjadi.Aku pun keluar rumah,aku tengok rumah jiran kiri kanan tertutup rapat.Duduk rumah taman besa la..susah nak jumpa jiran.Tambah-tambah lorong yang aku duduk plak ada ramai orang cina.Masa tu pulak time cuti sekolah hujung tahun.Kebanyakan jiran-jiran aku dah hantar anak-anak depa balik kampung.Nak minta tolong sapa??Mak la kat lorong tu satu-satunya suri rumah tangga.Yang lain-lain semua bekerja.Aku masuk rumah balik,aku contact abah aku.Masa tu hilaian mak memang gila-gila punya kuat.Adik aku Mirul dah siap dukung Azhan keluar rumah dengan Aloyah sekali.Abah yang masa tu dalam bilik meeting terus balik dengan rakan seopis dia.Sampai ja depan umah,adik-adik aku pakat-pakat pi peluk abah aku tanda depa takut.Aloyah paling kuat menagis..hahahhaha..

Lepas tu abah suruh aku tunggu kat luar dengan adik-adik aku..Abah dengan kawan dia masuk dalam rumah.Tak sampai 5 minit aku dengar mak jerit kuat sambil cakap dalam loghat yang memang aku tau loghat apa..loghat Parit.Walaupun aku tak paham loghat Parit tapi aku tau la sikit-sikit sebab kebanyakkan peniaga kat market taman aku dok tu cakap parit.Tambah-tambah yang berumur.Lagi aku heran macam mana mak boleh cakap parit?Orang yang cakap Parit dengan mak selama ni pun mak tak paham,inikan pulak nak cakap..

Lepas tu abah dengan kawan dia keluar rumah..

"Aku rasa la Wan,ko kene bawe bini ko jumpa ustaz la.."kawan abah bagi cadangan dalam longat perak dia.

"Ustaz mana?aku taktau..hang ada kenai ka?"Abah soal balik..

"Ada ustaz PAS dok depan lorong rumah aku..moh ikut aku.."Kata kawan abah..Abah pun kunci pintu rumah then suh aku tunggu kejap kat luar..dia nak ke rumah Ustaz PAS tu..setengah jam lepaih tu abah balik bawa sebotol air.Then abah masuk rumah,aku ikut belakang dia..mak yang terbaring atas lantai dapur tengok kami sambil gelak-gelak.Abah dengan mulut kumat kamit tah ape yang dia baca terus simbah air tu kat badan mak.Mak jerit macam sakit sangat-sangat lepas tu pengsan.Menurut abah Ustaz PAS tu bukan jenis mengubat orang.Dia boleh bagi air yassin ja..

Jadi petang tu jugak kami bersiap-siap..mak dok pengsan lagi..Lepas mahgrib..kami bertolak ke Penang sebab abah dah contact arwah Tokwan Non dan cerita abis perihal apa yang terjadi kat mak.Tokwan Non suruh abah bawa balik mak mai Penang.Dia dah slow talk dengan bilal kat kampung yang pandai mengubat orang.Bayangkan la malam,lalu lebuh raya utara-selatan yang glamer dengan cerita-cerita seram,aku dengan mak dok belakang,semua adik-adik dok depan..bayangkan apa jadi selepas itu???


Sebenarnya tak jadi apa pun..aku saja ja gempaq..hahahhahhaa..Tapi takut weh..bila mak bergerak sikit..aku dah rasa takut sampai nak terkencing.Bayangkan dua jam aku tahan kencing.Sakit gila pundi kencing aku.huhuhuhuhu..

Sampai ja rumah Tokwan,aku tengok Bilal Pin (bukan ayah Pin YERRR)dah tunggu dalam rumah.Jadi abah try la nak dukung mak masuk dalam rumah.Tak boleh..gila punya berat abah kata.Mak yang berbadan kecik,pendek..(time tu la..sekarang dah cubby) tiba-tiba berat..tak masuk akal...Arwah Tokwan pun mai tolong abah..tak boleh jugak..panggil jiran sebelah rumah..tak bleh jugak..last-last bilal keluar rumah..dia kasi baca satu ayat..terus boleh angkat mak masuk dalam rumah.Mak dibaringkan ditengah ruang tamu dan time tu mak dah tersedar..dia pun bangun dan duduk sambil mengadap bilal.Lepas tu mak gelak sakan dan marah-marah bilal dalam Bahasa Parit.Macam mana upacara mengubat nak??
Lebih kurang macam cerita Santau la..tang part akhir tu..lebih kurang la..tapi masa tu tak ramai la macam dalam cerita Santau tu..Cuma ahli keluarga ja..Dan badan mak takdak la sampai terpelanting melekat kat dinding rumah yang ada ayat suci tu..tu kira dasat dah tu,..
hahhahahahhaha...

Lepas tu..dua jam jugak la...last-last setel...Lepas ja benda tu keluar dari badan mak.Mak jadi sangat letih dah kuat tidur selama beberapa hari gak la..lepas tu keadaan mak normal balik.

Menurut cerita abah,benda tu spesis langsuir..dah berusia berpuluh-puluh tahun dan dah lama merayap-rayap kat taman perumahan tu.Dulu tapak taman ni..adalah bekas lombong.
3 bulan lepas tu kami berpindah rumah..dalam taman yang sama,cuma lorong ja lain-lain.Dok disitu kami kekal lama sehingga abah dapat bertukar balik semula ke Penang.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seramnya mak hang mira...cm la cter..kalo ceq da ketaq duk kt blakang ngn mak..huhuhu

Mrs Poyo berkata...

tiera...
tu baru citer mak yg pertama..ada byk lagi ni..
badan mak lemah sgt..sebb tu la senang masuk bnda bkan2..

Tanpa Nama berkata...

citer ar lagi lau ada masa..

Mrs Poyo berkata...

Tiera..

iyo la...hehehe..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!