Jumaat, September 03, 2010

Bila Umur Makin Meningkat..apa perasaan terhadap sambutan raya?

Tadi,kawan aku si penanggah dan si anis tu memulakan entri depa dengan perkataan pejam celik pejam pejam celik..takmau sama dengan depa,aku tukar celik pejam celik pejam minggu depan dah nak raya..Kalau orang tengok cara aku mesti orang pikir yang aku ni beria benar nak raya kan..tapi sebenarnya makin aku berumur makin hilang rasa kemeriahan raya tu..kalau dulu masa zaman kanak-kanak dulu,raya la paling ditunggu-tunggu sebab masa raya dalam pikiran budak aku ni nak kutip duit raya ja.Takdak benda lain dah..boleh pakai baju warna warni..kasut baru..setahun sekali katakan..

Tapi bila dah besar ni..Rasa seronok pasal raya cuma bila tengok adik-adik kita beria benar nak sambut raya..tak pun sepupu sepapat aku versi terbaru ni..yang versi lama baya-baya aku semua dah kerja.Tak pun rasa seronok tengok budak-budak datang kutip raya kat rumah aku..berduyun-duyun bak kata Saloma.

Kalau nak pikir pasal baju raya,tiap-tiap bulan rasanya aku beli baju.nak kata pikir pasal kasut raya,sama gak..selang dua bulan da la sepasang kasut yang aku sambar.Jadi awat la nak beria kan nak beli bju,seluar,kasut baru masa nak raya..
Kalau nak pakai masa raya pun aku sekadar nak pakai baju kurung ja...nak vogue2 ni,kat opis pun aku rasa dah vogue..kebaya..kurung moden..semua aku ada..tinggal jubah ja aku tak beli lagi.Jadi kalau aku pakai baju yang vogue-vogue bagai mak datin tu macam takdak makna dah..

Kalau dulu aku beria sangat nak main bunga api,mercun ni..sekarang tengok adik aku si Azhan tu main pun rasa dah seronok,kalau nak main sendiri..huh,jangan harap la..
Kalau dulu beria benar dok ikut abah pasang pelita..terjerit-jerit seronok macam kera kena sawan,la ni,time abah ngan adik aku dok pasang pelita kat luar,aku tengok tv kat dalam rumah.

Kiranya semakin berumur ni,kemeriahan raya makin kurang,tapi kemeriahan nak jalankan ibadah masa bulan puasa makin meningkat plak..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!