Ahad, September 19, 2010

KENAPA AKU MENULIS BLOG?

Ada orang tanya pada aku,apa tujuan aku menulis blog.Ok,jawapan aku senang ja.Tujuan aku menulis blog ialah sebab aku menganggap blog aku ni umpama diari aku.Tempat untuk aku luahkan perasaan aku samada marah,sedih,gembira,kecewa,cinta,kasih sayang. Dan Setiap perkataan,perbuatan,percakapan dan tingkah laku yang datang dari aku sendiri, mak abah aku,adik-adik aku,sedara mara aku,jiran-jiran,rakan tempat kerja serta orang-orang sekeliling aku samada aku kenal atau tak akan aku tulis semula dalam blog aku supaya aku boleh ingat kerana aku anggap setiap perbuatan,percakapan yang datang dari mereka semua ni yang aku rasa agak sempoi adalah berharga untuk aku ingat sampai hari tua aku.Aku kan agak sentimetal sikit,ikut abah aku.

Tentu aku rasa seronok bila satu hari nanti bila aku buka balik blog ni,baca balik enti yang lama-lama yang pernah aku tulis dan aku terkejut.Oh,aku pernah tulis macam ni?tak pun aku terkejut bila aku ingat yang abah aku pernah buat benda-benda ni.

Tipu la kalau aku tak rasa apa-apa bila ada jugak yang teringin nak ja follower aku ataupun baca blog aku sebagai silent reader.Mestila aku rasa syok,kalau tak aku tak letak la satu box khas untuk tau berapa banyak orang yang baca blog aku.hahahaha

Tapi macam aku tulis tadi,aku menulis blog untuk diri aku,untuk keseronokan diri aku sendiri dan aku tak kisah pun kalau seorang je yang sudi baca blog aku.Tapi aku betul-betul menghargai pada orang-orang yang sudi baca dan dan bagi komen pada setiap entri yang aku tulis.Terima kasih banyak-banyak.I love u..

Jangan tanya aku kenapa aku tak hias berbagai macam blog orang-orang lain sebab niat aku hanya nak menulis untuk diri aku sendiri.

Sekian terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarabkatuh(macam watak haji mustapa dala cerita Qalesya pulak..hahahahha)

4 ulasan:

Lady Dora berkata...

hehe, baguslah kalau u tulis perihal diri sendiri..

that nice dear..

Mrs Poyo berkata...

lady Dora..thank sebab sudi baca and bagi komen yerr..

Penanggah berkata...

sampai skang gua pun tak tau apsal gua bleh telibat untuk menulis dalam blog ni.. nak kata bleh jadi kayo tak jugk.. tapi yg penting gua suka buat benda ni bagi orang sakit kepalo bilo baca blog gua.. hahahaa

Mrs Poyo berkata...

Penanggah..gua memang sakit jiwa bilo bc blog ekau..tapi gua suko..ekau truskan usaha mnjahanamkan pala otak gua..
hahhahahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!