Isnin, September 20, 2010

SELAMAT DATANG KERJA!

Semalam Incik Bachok ada mengadu yang dia malas nak pergi kerja.Hari ni,aku pulak mengadu yang aku malas betul nak pi kerja.Cuti lama-lama sangat buat otak aku melekat kat rumah ja.Tapi aku kena mai keerja jugak.Nama pun makan gaji kan.
Sampai ja tempat kerja.Aku tengok kerja dah menimbun atas meja.Email aku pun penuh dengan arahan kerja dari bos-bos yang ofis depa kat seberang jaya dan Butterworth.Tu belum campur dengan kerja-kerja yang datang dari Mr.Eksekutif aku.Bilik aku sebelah bilik dia ja pun boleh dia bagi kerja pakai email ja.Apala...

Tu belum lagi partner aku si Naim yang dok ajak aku keluar pi buat doket kat luar.Lepas raya,banyak pulak kerosakkan yang kena dibaiki.Itu la nasibnya bila kita ada dua tugas yang berbeza.Satu kena jadi Assistant Mr.Eksekutif yang buat aku dapat bilik khas untuk aku seorang ja.Satu lagi kerja aku kena pergi rumah pelanggan dan baiki kerosakkan kat rumah depa bila kerja-kerja aku untuk Mr Eksekutif aku dan untuk lain-lain bos selesai.

Sekejap lagi aku nak berlepas ke Perak plak.
Aduhai.....

Kadang-kadang aku rasa macam aku pegang jawatan untuk yang bertaraf Diploma.Tak pun Ijazah..
hahahahhahhahaha...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!