Khamis, September 23, 2010

LAAA...AWAT HANG LAIN??

Tadi,aku kena pi Seberang Jaya sebab ada satu dokumen yang memerlukan 2 tandatangan Eksekutif.Oleh sebab tandatangan Mr.Eksekutif aku dah aku ambil,jadi aku kena ambil sorang lagi tandatangan Eksekutif lain plak.Oleh sebab Kak Eksekutif selalu ada kat opis dia kat tingkat dua tu ada plak Meeting kat blah pulau sana,jadi aku kena pi Seberang Jaya la sebab kat sana ada Abang Eksekutif pulak.

Dalam keadaan hujan lebat nak mampus aku bawa juga kereta Viva TM dengan laju sebab takut tak sempat.Kalau abah aku tau aku buat perangai lama aku yang suka bawa kereta laju dalam hujan memang naya,aku rasa dia boleh bagi aku tumbukan maut berelektrik tanpa bayang kat aku ni.Dah la hujan lebat gila babeng sampai tak nampak jalan,aku kena plak pasang lampu lagi.

Sampai ja kat Opis Seberang Jaya,aku tengok Abang Eksekutif tengah sembang baik punya dengan salah seorang staff dia.Gelak sakan huhahuha.Dia nampak ja aku,terus dia tanya.

"Haaaa...hang nak apa?"
Aku pun bagitau la tujuan aku mai.Dia pun tandangan la.Tiba-tiba staff dia pi tanya tanya aku.

"Hang anak Wan ka?Wan AND(AND nama unit abah aku)?"

"Yala..saya anak Wan la..."
aku jawab sambil tersenyum.Apala kakak ni,hari-hari cakap dalam telefon berkenaan kerja,tapi tak cam aku lagi.Padahal penah jumpa masa aku baru masuk kerja dulu.


"Lah,awat hang lain la ni?dulu slim..awat la gedempol????"
Pertanyaan dia diiringi dengan ketawa dari Abang Eksekutif.


Tiba-tiba aku rasa nak lari lintang pukang dari opis tu jugak.
Huhuhuhuhuhuhu!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!