Isnin, September 20, 2010

DALAM KERJA,SEMPAT BERLEPAS KE KUALA KURAU,PERAK

Sekarang ni aku baru je balik dari Kuala Kurau,Perak.Aku balik dari melawat rakan seopis aku,Rostam atau nama manja dia yang kami panggil Tam yang baru ja selesai dari menjalani pembedahan Kat IJN.kESIAN,MUDA-MUDA LAGI BARU UMUR 26 TAHUN DAH DA PENYAKIT.dAH LA TAK KAHWIN LAGI.hENSEM PLAK TU..(tang sini sengaja besarkan huruf)
Shhhhhh..Incik Bachok agak jeles kalau aku puji orang lain.hahahahha.

Rostam bukannya sakit jantung pun,tapi tulang dada dia entah macam mana boleh menghimpit jantung dia sampai jantung dia lari dari kedudukan asal.Tujuan dia buat pembedahan sebab nak taruh besi kat dada dia supaya dapat betulkan kembali tulang dada dia.Perggghhh..complicated gila..

Kampung Rostam yang diberi nama Kampung Nelayan tu dekat dengan laut.(Nama pun kampung Nelayan).Masa kami sampai Rostam dah tunggu dengan Gantengnya kat depan rumah(dah sebulan dia buat pembedahan,sebab tu cargas semacam).Masuk ja rumah,kakak dia hidangkan kami nasi.Perrrggghh! Sedap gila.Dah jamu nasi, jamu pulak nasi himpit dengan kuah kacang.Lepas tu kek pulak yang baru siap masak.Makan panas-panas memang sedap.Lepas tu bawa keluar kuih raya plak.Gila sih,makan saja kami tadi.Cara hidangan macam berbelas orang.Padahal kami 4 orang ja.Aku,Encik Ismail Daud,Encik Azmi Bakar dan Fatin.

Sambil bersembang,Rostam dok tunjuk bekas pembedahan.Tak nampak apa pun.Memang canggih betul.Aku dok bayangkan bekas jahit berselirat sana sini ka.Cisssss1
Buat penat ja kaki aku terkejar-ketar sebelum Rostam tunjuk tempat pembedahan kat badan dia.

Lepas ja bersembang sebarang dua kata.Kami pun nak balik la.Gila nak duduk lama-lama.Ni time kerja la.Tu pun minta izin kat Mr.Eksekutif dulu sebelum keluar.Nasib baik dia baik hati walaupun mood dia hari ni kurang elok.

Kami keluar dari opis pukul 12.30 dan sampai kat rumah dia pukul 1.45 petang.Balik dari rumah rumah dia pukul 3ptg,sampai opis baru je kejap tadi.Tu pun Encik Ismail pecut kereta bagai nak gila.130km/jam.Gila betoi,dah la hujan lebat.Ni nak sambung buat kerja balik.Makin bertimbun aku tengok atas meja aku ni.
Huuuuuuu!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!