Ahad, September 19, 2010

Filem Feveret Aku:Raise Your Voice(2004)

Selain dari cerita ganas,seram dan fantasi.Aku jugak minat filem jenis kekeluargaan a muzikal.Cerita cinta da gak sikit-sikit.Tapi tengok filem jugak la..

Aku pun minat Hillary Duff sejak kecil lagi.Start minat dia sejak aku tengok filem Casper and Wendy.Masa tu aku umur 5 tahun sama la jugak dengan si Hillary tu.Dia kan lahir tahun 1987 gak.Untuk Filem Feveret aku kali ni,aku nak cerita pasal salah satu dari himpinan filem-filem lakonan Hillary Duff.Tajuknya,Raise Your Voice.

Filem ni mengisahkan Terri Fletcher dan abangnya Paul Fletcher yang mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik.Tapi cita-cita mereka untuk jadi penyanyi sering di halang oleh bapa mereka yang tegas,Simon Fletcher yang merupakan seorang pengusaha restoran kerana dia menganggap bidang nyanyian tidak akan menjamin masa depan yang cerah untuk anak-anak dia.

Satu hari,Terri dan Paul telah menyusup senyap-senyap keluar dari rumah untuk menonton konsert kumpulan muzik kesukaan mereka.Malangnya semasa dalam perjalanan pulang,mereka mengalami kemalangan sekaligus menyebabkan kematian Paul.Kehilangan Paul merubah hidup mereka sekeluarga terutama sekali Terri yang menyalahkan dirinya sendiri diatas kematian abangnya.

Tanpa Terri tahu,abangnya telah memohon untuk memasuki sekolah Muzik Terkenal di Los Angales untuk dirinya.Beberapa minggu selepas kematian Paul,Terri mendapat surat yang dia diterima masuk ke Sekolah itu.Untuk merealisasikan impian abangnya,dia pun mahu jugak menuntut disekolah tu tanpa pengetahuan ayahnya dengan menipu mahu tinggal bersama Makciknya di Los Angeles untuk melupakan peristiwa yang menimpa.

Di sekolah tersebut,Terri terpaksa menyesuaikan dirinya dikalangan pelajar yang kebanyakkannya anak orang kaya.Dan dia jatuh cinta pada Jay,salah seorang rakan sekelas dia.

Malang tidak berbau bila bapanya dapat tahu dan mahu Terri pulang semula ke kampung,tapi suara Terri yang merdu tu di tambah pula dengan kekuatannya yang mahu tetap belajar diskolah tersebut buatkan hati ayahnya cari..
Cewaaaahhh!

Trailer cerita ni






Poster Filem Raise Your Voice



Ni la Terri,atau nama sebenarnya Theressa Fletcher.


Ni kekasih Terri,Jay.Anak orang kaya yang turut belajar satu sekolah dengan Terri.



Abang Terri,Paul yang menjadi punca Terri teruskan niatnya untuk belajar disekolah Muzik.


Cikgu yang banyak beri perangsang pada Terri sepanjang pembelajarannya di sekolah muzik.



Keaadaan yang agak tegang bila si Bapa dapat tau anak dia menipu pada dia selama ni


Ok-ok,kita lihat sedutan lagu yang dinyanyikan oleh Terri untuk mendiang abangnya.Very touching la..



Filem ni buat mak terkejut bila dia balik dari pasar,tengok-tengok aku menangis teresak-esak..hahahhahahahhaha..
Gila betoi la..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mу brothег suggeѕted
I might like this blоg. Ηe ωaѕ
totаlly right. This рost truly made my day. You
cаnn't imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!

Here is my web-site :: Great post to read

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!