Rabu, September 08, 2010

Habuan Hari Raya

Tadi elok ja aku masuk kat ruang tamu rumah aku..aku tengok mak aku,abah aku,tok aku sama adik-adik aku duduk bersila buat bulatan kat tengah-tengah ruang tamu umpama red Idian menelilingi api.Aku taktau apa yang depa dok ushar tengok sampai ralit macam tu sekali.Jadi aku pun ushar sama.Rupa-rupanya..depa tengok bekas kuih raya pelbagai jenis.Tak silap aku ada 7 atau lapan jenis pa..dah la jenis mahal puya..rm25keatas tu..Aku syak mesti abah aku yang beli ni,sebab abah kalau bab-bab raya ni nombor satu berbanding mak aku yang relax ja.

"Sapa beli kuih raya ni mak?abah ka?"Aku saja tanya.
Aku tengok mak geleng-geleng ja..

"Ni kontraktor abah yang bagi tau.."kata abah dengan muka angkuh...Lepas tu dok tayang-tayang kuih raya betul-betul kat lubang hidung aku..kalau lubang hidung aku besar,dah lama aku rasa bekas kuih raya tu tercampak kat dalam hidung aku...

"Eleh..kontraktor kat tempat kerja pun bagi juga tau"aku takmau mengalah.

"Yala tu..bagi apa sangat la depa tu hang..."abah cuba provok aku..

"Dodol!!!!"
Aku jawab sambil diiringi ketawa mengejek dari adik-adik aku.

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!