Khamis, September 23, 2010

BIZI DENGAN HAL JAMUAN

Minggu depan,hari selasa,28hb akan ada Jamuan Hari raya kat opis aku.Jamuan ni bukan saja untuk unit aku ,tapi unit lain pun terlibat sama.Antara unit yang terlibat ialah unit ZBT dibawah pimpinan Haji Eksekutif,unit TX dibawah pimpinan Kak Eksekutif,Unit LMG dibawah pimpinan Encik Eksekutif dan Unit Fiber dibawah pimpinan Puan Eksekutif.(macam pengerusi majlis plak aku rasa)
Jamuan ni bukan untuk seluruh Pulau Pinang,cuma untuk Tm bukit Mertajam ja.Staff yang ada kat sini cuma seratus lebih ja bercampur unit la tu.Opis depa masing-masing berlainan Tingkat.

Oleh sebab Mr Eksekutif aku yang jadi penganjurnya,maka aku sebagai Assistant dia kena la urus semua hal-hal berkaitan jamuan ni.Makanan,jemputan,kutipan dan berbagai lagi perkara yang tak berapa remeh aku kena pikiaq.Nak cari khemah lagi,nak cari bangku-bangku meja,pinggan mangkuk la..Adoila..lari bidang betoi la aku ni.Ni smua kerja golongan setiausaha dah ni.

Makanan-makanan semua dah setel.Makanan yang dijamin akan menjadi bahan lahap tetamu mestila Lemang,ketupat,rendang(rendang aku masak sendiri tau..hehehe),Nasi himpit dan kuah kacang,satay,mee rebus serta nasi tomato(ada orang sponsor ni).Lupa plak nak tulis,kuih raya...

Kutipan plak seorang sepuluh ringgit tapi adala 2 3 orang yang baik hati bagi sampai seratus,dua ratus(bukan golongan bos).Moga-moga orang yang bagi banyak duit ni cepat naik pangkat.Aku pun bukan bayaq lagi ni.Hahahahahahaha.


Kalau ada duit lebih,mybe aku akan buat dadih plak sebagai pencuci mulut sebab-sebab pakcik-pakcik ni dok suruh aku buat dadih.Depa penah makin dadih yang aku buat.Cayalah!

Lepas setel ja hal jamuan ni,aku rasa lega la sikit sebab semua duit la ni aku pegang,kalau sikit takpa,ni dah masuk seribu lebeh dah ni,belum semua mai bayar kat aku lagi ni.Kalau hilang semua duit ni mau menangis air mata darah dah aku ni.
Huhuhuhuhuhu..

Apa-apa pun,aku la ni dok tunggu pukul satu ni.Lapaq bukan mai lagi ni..Pi makan kat Jusco la kot..
huhuhuhu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!