Isnin, September 27, 2010

TURRRRRRR!

Sejak seminggu yang lalu,Penang dilanda musim hujan hari-hari tanpa henti,tapi henti la jugak barang 2 3 jam,lepas tu hujan balik la.
Oleh sebab hari-hari terkena hujan,tak sikit pun banyak la jugak contohnya dari kereta nak pi bangunan,dari bangunan nak pi ke kereta.Dari kereta masuk kedai makan,dari kedai makan masuk ke kereta dan dari pelbagai dari lagi ke dari yang lain yang menyebabkan aku terkena simptom-simptom demam,selsema,sakit tekak dan batuk-batuk yang tidak keterlaluan bab kata penyanyi dangut Iwan,yang sedang-sedang saja.

Tapi walaupun mengalami simptom-simptom ni,aku gagah jugak la redah hujan pi beli hadiah kat Naim,rakan sekerja aku yang kena tukar pi Langkawi la plak.Ingat askar ja ka pindah randah,pekerja TM pun sama tau.cuma bezanya askar ada kuarters,TM takdak.Kesian...
Abah aku dulu pun pindah randah gak.Cakap ja negeri mana,semua dia pi kecuali Sabah dan Sarawak ja.Penah dapat offer pi Pakistan dan Jepun jugak tu..tapi tolak..apala..kalau tak aku dok Jepun dah..Arigato!
Ok-ok,aku takmau cerita pasal abah aku dan pengalaman dia ok.

Aku beli hadiah kat Naim dalam keadaan tergesa-gesa pun sebab esok Mr.Eksekutif aku nak sampaikan hadiah cenderahati tu jugak.Masa jamauan hari raya.Kesian aku..nak buat macam mana..kerja aku.Sempat jugak aku goda mamat Pakistan tu bagi murah sikit,dia pun kasi murah.Kalau Incik Bachok tahu lagak ngeri aku ni,perang dunia ke 4 plak kot meletup.

Lepas beli hadiah,aku beli plak perkakas lain untuk jamuan.Nasib baik Aloyah kuih lapis ada.Dia la tolong cakap dengan Tangeci yang jaga kat kedai tu suh cari barang-barang yang aku nak beli..
Ayoyoyo..terima kasih la Tangeci..manyak baik la u..
Aku takmau cerita pasal tangeci dah ok..

Proses damai dah terbentuk..genjatan senjata dah dimenterai..ok la tu..
Tapi still takdak mood nak cerita banyak-banyak..
Sakit hati dok rasa lagi ooooo...
huhuhuhuhu..

Tapi aku rasa macam aku sembang banyak plak...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!