Ahad, September 19, 2010

HARGAILAH BAJU ANDA

Sejak kecil lagi aku dengan adk-adik aku telah diajar untuk menderma pakaian yang kami tidak mahu pakai lagi kepada sesiapa yang memerlukan.Tak hairan la bila amalan mengumpul pakaian terpakai ni untuk dibagikan kepada orang yang memerlukan kami buat sampai besar ni.Kami pun pernah menyumbang jugak baju-baju kami kat mangsa tsunami sampai kami sendiri takdak baju nak di pakai..apa kejadahnya..huhuhu..

Tapi zaman sekarang ni,nak cari orang yang betul-betul miskin memang susah.Jangan terpedaya kalau rumah depa tu sangat daif,depa tu papa kedana.Depa tu lagi banyak duit tau dari orang yang berumah besaq.Aku rasa plastik berisi pakaian terpakai makin menimbun kat bilik aku dan Aloyah kuih lapis.Tapi tak menderma-derma lagi.Susah betoi.Nampaknya kami kena pi derma kat rumah anak-anak yatim..huhuhuhu..

Aku hairan jugak bila lihat ada diantara orang yang langsung tak sayang pada baju-baju depa.Walaupun baju masih elok,baru dipakai 2 3 kali,depa sanggup bakar atau buang dalam tong sampah.Padahal dengan baju-baju tu kita boleh berbuat amal jariah.

Aku teringat kata-kata moyang aku,Arwah Mat Yaman,bapa angat Arwah Tokwan Non aku.Dia kata baju-baju kita tak boleh dibuat sesuka hati.Kalau betul-betul tak boleh pakai dah atau buruk sangat sampai tak boleh bagi kat orang,buat kain buruk pun jadi la.Bagi juga baju tu berguna untuk kita.Kalau kita bakar,buang macam tu sahaja.Baju tu akan tuntut perbuatan kita diakhirat.

Aku taktau samada tuntut di akhirat tu betul ke tak sebab aku bukan la pandai sangat bab-bab agama ni.Tapi aku rasa Moyang aku kata macam tu supaya kami sedar dan menghargai baju-baju yang kami ada.
Kata-kata moyang aku tu betul-betul beri effect pada kepala otak aku ni sampai la sekarang ni pun aku betul-betul menghargai baju.Sampai orang penuh tegur,banyak sungguh kain buruk kat rumah aku.

Aku harap kata-kata moyang aku dan pesanan mak aku akan aku terap sampai ke anak cucu aku la.
Wah..sekarang aku dah berfikiran jauh ni..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!