Isnin, September 13, 2010

RAYA PERTAMA

Kalau orang lain buat rumah terbuka masa raya kedua ka..ketiga ka..terakhir ka..tapi kat rumah aku tiap-tiap tahun rumah terbuka masa raya pertama..Setiap tahun menu rumah terbuka kami ialah bihun sup gearbox..nah! Periuk yang mak aku guna punya la besar nak mampus kan sampai aku nak berenang dalam tu pun boleh..
Memang dari pagi sampai malam tiap-tiap tahun ramai orang datang.Memang best.Kami terima ja siapa nak datang pun,orang yang tak kenal pun datang jugak,kami tak kisah pun..dah nama rumah terbuka kan..
Apa-apa pun kita layan la gambar-gambar masa hari raya pertama...
Zassss!





Muka suci Azhan di pagi raya..dia la yang paling excited sekali diantara kami empat beradik..bersampin bagai..aku yang kena beli..huhuhu..



Tiap-tiap tahun,muka budak-budak ni yang akan muncul dulu kat umah aku..menurut hasil siasatan aku terhadap depa,depa mengaku yang rumah kami tiap-tiap tahun jadi persinggahan depa.Heran,nak kata kami rumah kami jadi persinggahan first sebab duit raya yang kami beri mahal dari orang lain tak jugak,,tiap-tiap tahun seorang seringgit ja..heran..heran..Lagi heran,pasaipa Alia boleh tersumbat dalam gambar i..mesti dah terkena sindrom gila glamer ni..


Selepas semayang raya,Paksu muncul di depan pintu rumah untuk bersantap lemang sambil berbual manja dengan mak..lihat keadaan dapurku yang berselerak tu..cayalah!


Paksu teringin nak ergambar dengan anak-anak sedranya..jadi kami pun bergambar dengan dia la..menurut Incik Bachok,dia tak dapat kesan kedudukan aku kerana dia nampak kebiruan ja..huhu

Setiap tahun,aku sama sepupu aku akan berjalan keliling kampung beraya.Selalunya kami sepupu sepapat akan pi dulu beraya..bila dah abis round beraya sana sini..kami akan balik rumah plak..giliran kaum-kaum ibu bapa plak pi beraya,kami plak akan jaga rumah melayan tetamu yang datang.Kalau semua pakat-pakat keluar,sapa nak jaga rumah kan..
Tahun ni,tak semua sepupu kami ada sebab depa beraya dekat kampung depa yang satu lagi sebab tahun lepas dah beraya kat sini..petang baru depa sampai sini..tapi takpala..tanpa depa pun riuh jugak walaupun ada rasa kekurangan..Yela,tiap kali hari raya,kalau dengar suara riuh-ruh tu,orang dah tau,tu mesti geng cucu Paknon.Bukan geng bus sekolah ye..Aktiviti round-round ni kami terapkan dari kecik sampai besar gajah.Cuma yang bezanya masa kecik kami terima duit raya,sekarang tak dapat dah.Yang dapat sepupu kami yang bawah umur 18 tahun sahja serta yang tidak bekerja..hahahahahaha...

Sebelum round kampung,kita bergambar dulu yeeee..



Gambar ni pun Incik Bachok bagitau tak nampak kehijuan..kebiruan ja..silau! hahahah


Dari analisis yang aku jalankan,aku mendapati golongan biru-biruan memonopoli gambar ni..kecian aku..


Apa la yang Pakngah aku dok kelentong depa semua ni..gelak sakan..Abah aku lagi sempoi..raya pertama dah buat aksi separuh bogel..tak pakai baju..nasib baik seluar pakai..kalau tak tetamu semua lintang pukang lari..huhuhu..



Ni gambar dua baradik tah pape punya otak ni..tiba-tiba aku rasa macam aku ni ratu..yang seblah aku ni dayang ja..hahahahha


Selepas melantak sepinggan laksa kat rumak Toksu aku,aku telah pamirkan aksi gila glamer perasan lawa untuk tatapan semua yeerrr..kenapa aku terlibat dalam sindiket perasan lawa ni..??tak rela nyah..dok wat aksi model konon...pirahh!


Adik aku si Aloyah kuih lapis ni kalau bab-bab melayan kanak-kanak ribena serah kat dia la..bab menjahanamkan budak pun kasi kat dia la..kikiki


Ni kami dekat rumah Tokcik..dia punya mee udang memang lazat hingga menjilat jari kaki..ni semua muka orang gila glamer kecuali aku yeee..


Ni rumah persinggahan terakhir kami masa raya pertama ni..wah si Lukfil ni,makan tak hengat dunia..mana-mana rumah kami pi..apa orang hidang,dia sebat ja..yang kami ni tak mampu dah..ni kalau bagi kayu dengan batu ni mau dia sebat makan jugak ni..



Ni adik bungsu tok aku.Dia mai dengan anak kedua dan yang bungsu ja..anak sulung dia beraya kat Terengganu tahun ni..giliran laki dia plak..Kawin dengan orang jauh mcam tu la...


Aku cukup antila dengan budak zaman sekarang yang kalau time raya dok ngadap laptop ke,tv ke or main game.Takdak semangat raya langsung.Cuba la pi kutip duit raya kan..tau la zaman dorang sekarang senang dapat duit..zaman aku dulu,selagi azan mahgrib tak dengar,selagi tu la dok kutip duit raya..kadang-kadang tu punya la ralit kutip duit dari satu umah ke satu umah sampai masuk kampung mana hala pun aku taktau..


Haaa..ni la adik abah aku..Nama dia Wan Rafina Wan Abdul Rahim.Aku panggil dia makcik,yang sebelah tu laki dia..Aku rapat dengan dia,dia pandai buat kuih raya tau..Otak dia lebih kurang macam otak aku la,cakap banyak,suka buat benda gila-gila dan bersopan santun dihadapan mak mentua dan ipar duai..cayalah makcik..!!



Haaa..ni tetamu yang ke berapa puluh pun aku taktau la..aku pakai main snap ja gambar depa ni pakai kamera henset cabuk aku ni...huhuhu..depa abah aku tak boleh kata henset cabuk..kang dia marah,dia yang beli henset ni hujung tahun lepas..dalam satu malam dia beli henset tiga sekaligus..baru plak tu..cayala abah..Yang penting..henset aku sama ngan henset mama Incik Bachok..cayala poyo!hahahaha



Haaa...ni geng pakatan kampung ni..kalau kenduri-kenduri kahwin yang tak mau melibatkan pihak katering,depa ni la mai masak ni.Dulu masa Arwah Tokwan Non ada..Tokwan salah seorang dari depa.Bila Tokwan meninggal,tah macam mana abah aku tergeng dengan depa,siap pi memasak sekali you!Abah aku bukan pandai masak pun..potong bawang pun terketaq-ketaq macam orang sakit Parkinson,kacau orang dia tau la..tu pun depa dah panggil dia menantu kesayangan..penyambung warisan..fewiiitttt! cayalah abah..hahaha..


Haaa..ni peserta second last yang datang bertandang sambil melantak kat umah aku..depa ni 6 beradik..semua datang serbu..yang dah kawin bawa laki bini anak-anak..yang tak kawin lagi bawa diri sama perut..Lepas mahgrib ja baru depa chow..

Lepas ja depa balik,satu family lagi mai..yang si bini tu kawan sekolah mak,yang si laki tu kawan setempat tinggal ngan abah masa depa muda-muda gila-gila remaja dulu.nah..bawa ngan anak sampai 7 orang..bersantap la..sampai malam bersembang..
Pukul 9 malam baru depa bali,kami cepat-cepat terus kuar rumah kunci pintu naik kereta,takut ada orang mai lagi.Takdak plak nak pi umah tok blah abah aku..sampai ja kat umah tok,taok dah tidur la..letih layan tetamu..lepas bersalam ngan tok,kami pun chow balik umah..sampai rumah,terus pakat-pakat tidur bergelimpangan tak kenal dah katil masing-masing..Tamat lah cerita raya pertama,kita sambung pulak raya kedua di lain waktu..
Yuhuuuuu!

2 ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

amboi meriahnya raya..ngeh2.....


selamat hari raya mira!

Mrs Poyo berkata...

Yee..Aishah,mai la raya kat umah ceq..ceq layan baik punyerrrr!!


Selamat hari raya Aishah,maaf Zahir dan Batin yeerrr

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!