Khamis, September 30, 2010

TERKENCING DALAM SELUAQ

Aku tengah sembang baik punyeee ngan mak kat bilik dia masa abah tiba-tiba ja masuk dalam bilik tu.

"Wei budak,bos hang tau ka hari ni pun hang MC?"Soal abah sambil bentangkan sejadah dia.Dia nak semayang la tu.


"Tau la..hantar mesej kat dia pagi tadi..semua tau akak MC.Tadi pakcik-pakcik kat meja uji pun dah kol akak tau"Aku jawab pertanyaan abah sebelum dia mula bersembahyang.

"Sungguh ka?depa kol hang?depa tanya apa?"Mak soal plak dah.


"Depa tanya batuk teruk ka?suara dah ok ka?pi klinik dah ka?makan ka dak lagi.."Aku jawab balik pertanyaan mak sambil sumbat pelan-pelan roti gardenia dalam mulut aku.

"Habis tu hang jawab apa?"Mak soal balik plak kat aku.

"Ceq jawab la ceq batuk teruk..batuk tanpa henti sampai terkencing dalam seluar"Aku jawab sambil tergelak sikit.

"Hang tak senonoh betoila..ada ka jawab macam tu"kata mak sambil ketawa sikit,nak hormat abah yang tengah semayang.

"Alaaa..depa tau la ceq melawak..mak ni punnn..."aku jawab balik..

Tiba-tiba Abah yang tengah Ruku' jatuh tergolek kat lantai.Aku dengan mak panik.

"Hahahahahahahaahhahaha.."abah ketawa sampai tersembur air liur.

"Awat abah hang ni?buang tebiat?"soal mak dengan muka terpana.

"Wei mangkuk,nak sembang lawak pun tunggu la aku habis semayang dulu..hahahahhaha..pi keluaq noh..hahahaha"Abah tolak badan aku ngan mak keluar bilik lepas tu tutup pintu bilik.

Apala Abah..tak khusyuk ni....
huhuhuhuhu..

2 ulasan:

Ainieynoky berkata...

hahaha.. lawak la abah hang..~ tp hang lagi lawak!

Amira Amair The Poyos berkata...

Aineynoky..
hang xtau..shari suntuk kalau dia ada kat umah..ceq satu family dok gelak ja..hahhaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!