Rabu, September 01, 2010

Jadi-Jadian

Aku berjalan sambil berpimpingan tangan dengan Incik Bachok di Batu Feringgi..Tiba-tiba seorang lelaki muncul.Mukanya iras-iras Arnold Shwaaagerrrrr(aku taktau nak eja)dalam cerita Terminator.
Dia tiba-tiba menembak kami berdua bertubi-tubi dengan satu senjata canggih seiras senapang yang Johnny Ricco guna dalam filem Starship Troppper tanpa sebab.Dengan pantas kami mengelak tembakkannya itu ke kiri dan kanan umpama Neo dari filem Matrik mengelak tembakan musuhnya..Namun apakan daya,tembakan mamat tu terkena bahu kiri Incik Bachok menyebabkan Incik Bachok merasa marah lalu berubah menjadi Hulk.Dengan ajaibnya si Arnold tu pun berubah menjadi Tranformer Optimus Prime..maka berlawan la depa berdua diatas air laut seperti hang tuah berlawan dengan Raja Jawa dalam cerita Puteri Gunung Ledang.Percikan air laut mengenai kaki aku lalu aku pun berubah menjadi Duyung lalu aku berenang ke dasar laut berdekatan kaki Optimus Prime lalu aku cabut semua skruu yang terdapat dekat kaki Optimus Prime lalu beliau pun tumbang.

Setelah Optimus Prime/Arnold tumbang,kami kembali ke darat dan beerubah menjadi manusia semula.Baru sahaja kami nak balik tiba-tiba muncul pulak Alien umpama dalam filem War Of The world muncul dan menangkap pakcik jual air nyok yang berada di situ..Dengan semangat kemanusiaan yang ada pada diri kami,kami terpaksa mendedahKan sekali lagi siapa kami sebenarnya.Tanpa rasa bersalah aku terus merubah diri aku menjadi kucing jadian,manakala incik Bachok menjadi Memerang Jadian.
Baru ja kami nak melancarkan battle antara kami dengan Alien tu macam cerita Monster VS Alien tiba-tiba aku terdengar masuk latar cerita Starwars versi metal cukup kuat sekali.Heran jugak aku macam mana plak muzik Starwars muncul,sepatutnya muzik latar mau angker sikit la sebab kami dah jadi benda jadia-jadian ni..Makin lama makin kuat plak muzik latar dan dan..

pooop!!!


Aku pandang kiri kanan,gelap nak mampus..yang menyala dan bercahaya hanset aku ja..Dah tu hanset aku mengeluarkan muzik Starwars la plak..Alarm clock daaa..
Cilakak..cerita makin best tadi,terjaga plak..
Benci tau!!

2 ulasan:

haadziq berkata...

haha..bes gila mimpi hg..ada petua x nk dpt mimpi bes camtu?

Mrs Poyo berkata...

senang ja haadziq..

sebelum tidoq hang tgk dulu filem apa-apa pun..kalo boleh 2 3 filem dalam 1 malam,pastu sebelum lelap mata,hang brangan dulu hang nak jadi apa..
sure la dapat mimpi..
aku amalkan petua ni sejak azali lagi..hahahahhaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!