Isnin, Februari 14, 2011

NASITAH..OOO..NASITAH..DULU KITA SENASIB..ADAKAH SEKARANG KITA SENASIB JUGAK??

Tadi masa dalam perjalanan balik dari kerja..jalan jem gila..tengah dok tension-tension sebab jem..Tiba-tiba aku nampak kelibat seseorang kat tepi jalan..Ya.aku kenai betoi la dengan orang tu..serta merta aku ingat balik kenangan masa kat Politeknik dulu..(Cewah..ayat dah macam novel..hahhaaha)


Semua orang tau..aku dengan matematik ni macam musuh..Takbleh nak bertembung sikit..mesti salah sorang kalah..yang kalah tu mesti la aku kan..huhuhu..Jadi bila aku belajar kat Politeknik..memang masalah tu aku hadapi jugak la..Bila keputusan exam semester satu keluaq,aku rasa kecewa gila-gila la bila aku dapat tau yang matapelajaran Matematik Kejuruteraan satu aku fail terus..Bertambah kecewa bila semua kawan-kawan yang baik dengan aku lulus cemerlang.Masa tu aku dok pikir,lepas ni aku kena ulang subjek.jadi mesti kena pi kelas sorang-sorang..study sorang-sorang..buat asaigment sorang-sorang..Orang lain dah masuk kelas Matematik Kejuruteraan 2 masa semester dua..aku dok kat takut lama lagi..huhuhu...

Tapi tiba-tiba a aku dapat tau yang ada budak kelas aku nama Nasitah,kena ulang subjek jugak..Budak Nasitah ni,kalau dalam kelas..aku kurang baik sangat,sebab aku dah semua tau dengan perangai hawaq aku..Nasitah..diam sikit..Jadi aku kena jugak la saing dengan dia pi kelas Matematik hari-hari..Budak Nasitah ni nak kata lawa.boleh la tahan..nak kata tak lawa.lawa jugak..25 kali ganda la dari aku punya lawa..hahahhaha..Dia punya dressing..aku nak tergelak pun ada..deret ja pakai baju kurung dengan kasut sport..beg galas kat belakang macam budak sekolah..hahahhaa..tapi dressing dia aku rasa 30 kali gandi agi elok dari aku yang time tu pakai tudung senget,tak iron..rambut terkeluaq kat depan..hahahahha..serius tu la stail aku masa tu..gila betoi..takdak Sivik betoi aku ni dulu..main redah ja dalam berpakaian..Al maklum lah..Time tu aku tak peduli lagi hal pakwe-pakwe ni..kalau aku tak cantik melawa pun tarak heran la..hahahhahah..

Bila hari-hari pi kelas dengan Nasitah..baru aku tau yang dia ni cakap banyak jugak..tapi dengan orang yang rapat dengan dia ja la..Hari-hari dia dengan Imah Bachok yang sebilik dengan dia mai study matematik dengan aku kat bilik aku...huhuhuhuhu..Tapi yang buat aku bengang dengan dia ni bukan apa..Dia suka tanya aku pasal matematik.Nasitah oo..Nasitah..aku ni dah memang hang tau mangkok dalam matematik..mau tanya lagi ka..??huhuhuhu..kadang-kadang tu rasa macam nak marah jugak la seba b aku tengah blur dok study..Dia dok tanya itu..ini..terus blank..
Tapi kadang-kadang dia jadi lebih pandai dari aku jugak sebab kadag-kadan dia yang ajaq aku balik..hahahahhahahahha...
Kadang-kadang seronok jugak berkawan dengan dia sebab dia kaki gelak..Aku pulak suka buat lawak..memang kena la..hahahahhaha...
Dia la punca kereta aku berunduq ke belakang masa lalu kat bukit curam sampai Imah Bachok fobia naik kereta dengan aku..huhuhuhu..SEbab dia la budak yang nak belanja kami makan KFC tu..hahahhaha..


Tapi tula kan..bila dah tamat belajaq..hubungan terputus macam tu ja..Ada yang cakap dia kena repeat paper lagi..ada yang cakap dia dah kahwin..ada yang cakap dia dah kerja kerajaan.
Dan tadi..bila aku nampak kelibat seseorang kat tepi jalan tu..Secara otomatik aku teringat kat Nasitah..memang sebijik muka..cuma nampak berisi sikit..Aku rasa macam nak berhentikan ja kereta aku kat tepi jalan tu nak teguq..tapi bila tengok keadaan jalan dah macam hapa lagi punya sesak..aku teruskan jugak la perjalanan aku..Jadi aku call la beberapa orang kawan..Nak tanya nombor hanset Nasitah..Tapi macam dapat di agak..depa takdak nombor dia..Dulu..time zaman kegemilangan aku bersama Facebook,memang aku try seacrh dia kat situ..tapi tak jumpa..
La ni aku dah tutp facebook aku..memang susah lagi la nak cari dia ni..

Nasitah..Nasitah.betoi ka tu hang petang tadi??

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!