Rabu, Februari 02, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH:JATUH DARI POKOK NYOK(KELAPA)TERUIH DAPAT BINI

Sejak akhir-akhir ni Non rasa susah hati.Bukan rasa susah hati takdak duit ka..takdak kerja ka..tapi dia susah hati sebab tak berbini lagi.Tahun 50an,kalau lelaki umuq 22 tahun,dah boleh dapat 2 anak,tapi dia..bukan kata dua nak,anak kucing pun dia takdak.Kalau kat berek tentera British kat Singapura tu,semua orang pakat tayang-tayang anak bini depa,tapi dia..tayang badan dia ja yang sekeping macam emping jagung tu..Wahhh..Betul-betul la Non susah hati.



Hari ni,dah masuk 3 hari Non ada kat rumah orang tua di Penang ni.Dia bercuti sebenaqnya sebab dia baru balik dari Fiji.Pegawai dia benarkan dia balik bercuti..tapi bila dia balik bertugas semula ke Singapura,dia kena pi belah Borneo plak..Haru aiiiihh jadi askar ni..Pusing merata..Bila Tanah Malaya nak merdeka taktau..dengar ura-ura depa tengah dok tuntut merdeka la ni..Tapi hal merdeka dia tolak ke tepi dulu..dia tengah pikir hal nak berbini ni..Nak bagitau mak ayah dia,dia rasa malu..tapi kalau malu dia tak dapat bini..jadi dia kena hakis jugak la perasan malu dia tu..Dia yang tengah melepak kt serambi segera mengushar ayahnya yng tengh mengasah parang kt depan rumah..Dulu ayah dia guna parang tu dari ancaman Jepun..la ni ayah di guna lagi khidmat parang tu kot-kot la ada ancaman komunis plak ka..



"Ni bapak..ceq nak cakap sikit ni.."Non tiba-tiba bersuara.Ada getar dalam suara dia.Cehh..ayat tak boleh belah..macam novel plak.



"Haa..awatnya?"Soal Mat Yaman selaku ayah Non sambil mengasah-asah parang dia..



"Ceq nak bagitau sikit ni..mai la sat naik ataih ni.."kata Non lagi..



"Hang nak apa??"Mat Yaman bangun sambil mengacu parang dia ke arah Non secara tidak sengaja.Melihat ayah dia mengacu parang ke arah dia..Non tak jadi nak bagitau hal terbuku dalam hati dia..



"Ceq nak minum ayaq nyok ja.."Jawaban Non sudah lari dari tajuk..



"Pi la amik sendri kat sana nohh.."Kata Mat Yaman sambil menunjuk araah pokok nyok dengan paraangnya..Apa punya budak..nak minum ayaq nyok pun bagitau dia bukannya kecik lagi..dah boleh jadi bapak budak dah.Manja betoi la...

Non pasrah..sambil berjalan longlai menuju ke pokok nyok kat tepi bendang sana dia merungut-rungut akan sikap dia yang tak berani nak berterus terang tu.Tengah dia merungut-rungut tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang meniti batas sawah padi berhadapan rumah dia.Batas tu adalah jalaan penghubung dari kampung seberang ke kampung dia.Dari jauh dia nampak seseorang tu adalah seorang gadis..Non memerhati susuk tu meniti batas tersebut..Semakin lama semakin dekat dan... wow!!!
Punya la lawa gadis yang berada depan matanya tu.Dia tahu gadis tu tak perasan yang dia sedang memerhti..Keayuan gadis tu tiba-tiba ja mencuit hti lelaki dia..Fuhh!! menyentap jiwa raga dia..Dia memerhati ke arah mana gadis berbaju kebaya merah tu pergi..Rupanya ke rumah Maktehnya yang terletak jauh dihujung sana..Ini tak boleh jadi ni...gadis berkulit putih tinggi lampai ni hrus dia siasat ni..Anak siapa..umur berapa..nama siapa...semua ni..Non memasang strategi..Ras macam memasang strategi perang plak..huhuhu..

Esoknya,pada hari yang sama,Non duduk di tempt yang sama ketika dia nampak gadis tersebut meniti batas tersebut..Sambil menunggu,di menghisap barang dua tiga batang rokok..Sekejap sahaja,gadis tu muncul..kali ni memakai baju kurung plak dah..Haiii..ayunya perempuan ni..dh tertawan dah ni..boleh buat calon bini ni..kalau nk dibandingkan dengan gadis Singpura yang dikenalinya..memang jauh pnggang dari api ni..gila punya sopan santun dia kasi..baik punyerrr..
Sebenarnya semalam selepas solat isyak,Non terus ke rumah maktehnya.Melalui sepupunya yang bernama Chah,dia dapat tau yang gadis itu bernama Ma,anak gadis Mail Wayang.Ma sejak kecil lagi belajar mengaji dengan Maktehnya...
Tak sangka dia yang Mail Wayang mempunyai anak gadis yang cantik ni..Haii...nampaknya dia dah diserang penyakit angau ni..

Sejak dari hari itu..Non mula angau..apa yang dia buat,pasti dia ternampak bayang Ma..Walaupun tak pernah bercakap mahupun bersua dengan lebih dekat,tapi angau Non dah makin menjadi-jadi..dah meletup bagai gunung Krakatau melimpahkan Larvanya..punya la membara.Sejak hari tu jugak,hari-hari Non menunggu Ma meniti batas sawah menuju ke rumah Maktehnya dibawah pokok kelapa tepi rumahnya tu..Sehari tak tengok Ma macm seribu tahun..Tudia penangan angau yang menimpa Non.
Sebenarnya,tanpa disedari..tingkah laku Non tu dapat dihidu oleh abangnya.


Satu hari..setelah hampir seminggu Non melepak kat rumah,ketika Non sedang bersiap-siap mahu jadi penunggu pokok kelapa tepi rumahnya itu..tiba-tiba,abang Long dia panggil..

"Non!! hang mai sat..!!"Non yang bru dok bersiap-siap segera pergi kepada abangnya yang sedang melepak kat serambi rumah sambil bermain dengan anaknya.

"Ni awat aku tengok sejak akhir-akhir ni hang dok melangut ja bawah pokok tu??"Soal abangnya tiba-tiba.Non yang cepat panik tu mula berpeluh.Awat pelik pertanyaa abang dia ni..macam tau ja aktiviti haram dia ni..

"Mana da abang long..Aku dok kait buah nyok..nak minum.."Jawab Non sedikit terketaq

"Ni hang jangan dok domba dengan aku..Hang dok ushar Ma anak si Mail Wayang tu kan..Dia dok pi rumah makteh hari-hari..macam aku taktau.."Kata abangnya tu buat mulut Non terkunci..alamak..rahsia dia dah pecah..ni kalau ayah dia tau aktiviti mengintai dia yang secara berhemah ni mampus dia dikerjakan.

"Ni hang jangan cari pasai..Hari ni depa dok pi ramai-rami rumah Mail Wayang nak pinang si Ma tu.."Belum abang Long dia habis bercakap..Non tiba-tiba lari.Entah mengapa tiba-tiba hati dia tersentap bila abang dia bagitau yng ada orang datang meminang Ma.Takdan dia nak suarakan hasrat dia pada ayahnya..Ada orang potong line dulu..Panggilan Abang Long dia tu tidak dipedulikan..Dia terus berlari-lari tapi akhirnya dia berpatah balik ke bawah pokok kelapa tepi rumahnya.Dah lama dok Singapura ni..Non dah tak berapa cam jalan kat kampung ni..Satgi lari jauh-juh boleh sesat...baik dia bawa hati yang lara dia ni ke tepi rumah ja..

Tengah dia menangis kekecewaan,tiba-tiba dia ternampak kelibat Ma bersama seorang budak laki sedang meniti dari kampung Non ke kampung dia..amboi..orang mai pinang dia hari ni..boleh berjalan-jlan lagi noh..agaknya budak laki tu adik dia kot..Sebab Chah pernah bagitau dia yang Ma tu anak sulung.Makin lama makin jauh Ma pergi..dan setiap tapak Ma berjalan atas batas tu,setiap kali tu jugak la Non memanjat pokok nyok itu..Semakin jauh Ma berjalan dengan adiknya,semakin tinggi la Non memanjat..Kalau boleh dia nak melihat samapi Ma masuk dalam rumah dia..Akhirnya bila Ma dah hilng dari pandangan,Non pun sampai ke puncak pokok nyok itu..
Dengan tidak semena-mena Non menjerit..

"Tolong wei..aku tak boleh turun.tolong!!!"

Mat Yaman serta isteri dan beberapa orang sedara mereka terkejut bila melihat Non berada di puncak pokok nyok.Seumur hidup dia,dia tak pernah tengok anak teruna dia panjat pokok nyok..Ni kira first time ni..ajaib betul..Dengan segera dia yang sedang meniti batas dari kampung Mail Wayang berlari-lari mendekati pokok nyok itu..

"Ni awat pulak ni..mai meroyan ka apa ni dok panjat pokok nyok ni??"Soal Mat Yaman dari bawah.

"Mana ceq tau..sedaq-sedaq dah ada ataih ni.."Jawab plak Non plak..

"Di kecewa bapak..dia ingat ada orang lain pi pinang Ma anak Mail Wayang tu..Takdan Ceq nk cerita habis dia dah lari kecewa macam filem hindustan..."Abang long Non pulak bersuara.

"Ni hang toksah risau..,yang pinang Ma tu bapak la..Mail Wayang dah terima pinangan bapak untuk hang..Minggu depan kahwin.Lepaih tu hang boleh usung bini hang balik Singapura.."Mat Yaman memberitahu untuk memperbetulkan salah paham.Sejak anak sulung dia bagitau yang Non ni dok mengintai Ma hari-hari ke rumah adiknya,dia syak..Non memang gatai nak kahwin dah tu..Jadi sebelum keadan melarat,baik dia pi Pinang Ma dengan segera.

Mendengar kata-kata ayahnya itu.Non jadi gembira tiba-tiba..Tangannya yang memeluk kuat batang pokok nyok tu dilepaskan secara tiba-tiba tanpa Non sedari..

"Yesss!!!!" Jerit Non dan tiba-tiba..

Kedebuk!!!!


Non terjatuh dari pokok Nyok..yang ajaibnya Non langsung tak cedera langsung..
Cedera tak cedera Non tolak tepi..Janji minggu depan dia kahwin..
Yahooo!!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!