Isnin, Februari 14, 2011

14 FEBRUARI AKU KENA SAMBUT JUGAK SEBAB...

Sebab hari ni besday Mirul la...
hahahahhahahha....

14 Februari genap la umuq Mirul yang ke 20 tahun..Wahhh..tak sangka akak umur hang dah 20 tahun..rasa macam hang ni adalah budak kecik yang aku suka buli..suka pukul..suka terajang dulu..hahahaha..

Menurut mak..Mirul lahir masa raya cina tahun 1991(Jangan ingat Valentine ja..raya cina time tu ok..).Masa Mirul terkeluaq dari rahim mak aku..time tu jugak la mak aku dengar orang cina tengah bakar mercun papan..Time tu mak rasa macam seluruh Bukit Mertajam(Mirul lahir kat Hospital bukit Mertajam) tengah sambut kelahiran dia..hahahahahaha..Kebetulan pulak kelahiran Mirul ditunggu-tunggu sebab abah nak sangat anak laki-laki..Oo...setelah abah brainwash aku samapai aku sangka aku budak laki-laki..bila dapat Mirul,Abah boh layan aku noh..hahahahhaha..

Mirul dengan aku beza banyak jugak la..4 tahun..kami adik beradik semua memang beza 4 tahun pun..pandai mak aku rancang noh..huhuhuhu..Dan masa kecik-kecik dulu Mirul kategori lengai la berbanding aku yang cerdas semacam..Kalau aku habiskan masa aku kat luaq rumah bermain..Mirul habiskan masa dia dalam rumah tengok TV layan kartun..Sampai besaq la ni pun layan kartun lagi..Patut la otak hang macam kartun..hahahahahha..

Tapi kami suka jugak bergaduh..Kalau tak bertumbuk memang tak sah la..Pernah sekali kami berbalas-balas baling batu sampai dahi Mirul berdarah terkena batu..Tapi tak sampai sejam,kami baik balik..main macam biasa..Bila Mirul besaq sikit ja perangai berangin dia dah mula ada..pantang silap sikit..pom..pom..pom.. dengar dia berletiaq..
Tapi dia la raja segala lawak kat dalam rumah aku..Kalau takdak dia memang sunyi la..Tak larat gelak la dengan lawak bodoh dia tu..sampai mak pernah menangis dulu bila Mirul sambung belajaq kat Melaa sebab mak cakap kalau dia ada..boleh hiburkan hati dia..
hohoho..

Ok la Mirull..Akak malas la nak sembang banyak pasal hang..Ni blog aka..apasal pulak kena sembang lebih pasal hang?
hohoho..

Akak ucapkan selamat ulang tahun yang ke 20 tahun..Semoga segala impian hang tercapai termasuk la nak jadi saudagar lembu yang berjaya..Isyaallah...Lagi satu..sementara muda ni kumpul la harta banyak-banyak..hal perempuan hang tolak tepi dulu..sebab perempuan ni kadang-kadang menyusahkan hang ja..(macam la aku bukan perempuan..hahahhaha..)Akak takut cita-cita hang tergendala ja sebab perempuan yang jenis tak senonoh yang dok menempek kat hang tu..tak guna hang tau dak..hampasss..!!.Lepas tu jangan kalut cari harta dunia ja..Harta akhirat tu paling utama yang kena cari..

Isskk..banyak pulak ucapan aku ni..hahahhahaha...



Bila aku nak jadi saudagar lembu ni???

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!