Khamis, Februari 10, 2011

AKU,KERETA DAN JALAN BERBUKIT

Aku start dapat lesen memandu kereta dan motor ialah masa aku umoq 18 tahun.Itu jam,aku boleh dikatakan sebagai seorang yang gila stereng.Asyik nak bawa kereta ja..Yang jad mangsa kereta abah dengan kereta Paksu..Tapi oleh sebab aku ni jenis cemerkap dan kalut-kalut time bawak kereta(la ni pun sama la..hahhaha) aku nyaris-nyaris mengeksidenkan kereta depa.Kalau dengan kereta yang koman-koman takpa..ni dengan Mercedez,Camry..tak pun Honda..mau tak rabak duit nak kena kuar sebagai ganti rugi..Jadi abah aku amik kepuusan nak beli satu kereta kat aku..Ciri-ciri kereta yang abah nak beli ialah kereta yang harga ciput ja bayar bulan-bulan sebab time tu aku skool lagi..Kancil la jadi pilihan..Kecil,senang bawa dan tak high mentenan sangat..kalau aku langgar tembok ka,basikal ka..orang ka..duit tak bayak kuar kalau nak baiki..hahahhahahaha..



Akhirnya..(macam rancangan talkshow plak..hahahhaha) pakcik aku yang ada problem lebihan kereta kat rumah dia..Gila ka ada kereta sampai 5 biji.??Dok apartment ja..satu unit apartment depa bagi dua parking kereta free..kalau ada kereta lbih kena sewa parking..jadi dia nak bagi kancil dia kat aku,aku cuma just sambung bayar..Time tu..kancil tu dah tak macam kancil dah..Tah ujikaji apala yang pakcik aku hantam kat badan dia..hahahahah..Jadi aku senang hati la bawa pi Politeknik..Berlagak la konon kan..orang bawa motor je..aku bayaq kancil..Lepas tu bawa laju plak.asyik kena saman ngan pakgad ja..nyampeesss!!



Satu hari,kawa sekelas aku nak belanja KFC.Jadi aku dengan kawan serumah pun follow la dia nak pi KFC kat kawasan rumah dia..Aku ni,dok lama kat Kulim pun,bukan tau jalan pon..Nama ja ada kereta..aku suka lepak dalam rumah sewa layan tv,dvd lagi..kalau kawan-kawan lain..tiap-tiap malam keluaq..siap overnight kat Penang Island lagi..Jadi aku memang kurang tau jalan-jalan kat Kulim ni..Kawan aku plak pi bawa jalan yang berbukit curam..Gila..aku dah la fail kalau bawa kereta tang bukit-bukit ni..takut terunduq kat belakang..Kwan aku naik motor..relax jela..kami dalam kereta ni..masing-masing diam ja..hahahha



Tiba-tiba,kami sampai kat satu jalan yang paling curam la..Gila berpeluh aku dari jauh tengok..tapi aku gagah jugak panjat..Tapi aku silap..pi buh gear 4..mana nak boleh naik bukit pakai gear 4..gila ka hapa..hahahahaha..panik punya pasai..aku lupa nak tukaq gear..Mula-mula masa nak naik ok..mai kat pertengahan curam tu..kereta aku dah semput..hahahahha...aku tekan minyak pun macam tak lepas ja..Dok panik-panik dalam kereta,dah la kawan aku sorang tu orang Kelantan,Imah Bachok(bachok tu aku tambah..dia asal dari Bachok) dok terjerit-jerit bercakap dalam bahasa Kelantan dia..



"Mapuh kita weiiii..mapuh la...mu dah tau tak pandar bawok keto mu bawok jugok..aku tak kawin lagi weiii..aku tak sir mapuh lagi weeii..."



Lagi la aku panik kan..last-latst kereta aku berundur jugak..hahahahhaha..yang bestnya,ada kereta cina ni..nak turun bukit..Kereta dia ngan kereta aku seiring ja turun..hahahahhaha..Yang cina tu macam terkejut blur a..nganga mulut tengok kereta aku berundur..Yang kami dalam kereta ni jerit gila-gila..last-last kami sampai bawah jugak..hahhaha..nasib baik takdak kereta kat belakang..kalau tak..eksiden la...hahhahahah..Tapi curam tu bukan la berbelok-belok macam jalan Tapah nak naik ke Cameron tu..Just cerun macam tu ja..tapi tinggi..



Start dari hari tu..Imah Bachok takmau naik kereta dengan aku dah pi mana-mana pun..dia rela naik bus..hahahha..Aku pulak..nampak ja jalan berbukit..terus fobia..

Tapi la ni..kalau jalan berbukit-bukit memang aku handal la,yang ada selekoh tu lagi terer...hahhahahah..Belokkan Wu lianfa..!!

(Ni dialog dalam filem Initial D,hero handal bawa kereta kat belokkan tu..hahahha)





Agak-agak la..aku boleh buat drift tak?
hahahhahahhahahha...

Wahhh..Filem ni banyak kenangan ni..Time ni umur aku 17 ke 18 kot pi tengok wayang..lupa dah..huhuhu

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hang ni mesti rajin dok tengok abang tanjung race

Bijen M. berkata...

Pehh.
Kereta jalan ke belakang.
Macho tu.

Amira Amair The Poyos berkata...

Tanpa nama(kesian..hahahahha)..

mana ada rajin..malas..gila ka tgk race..aku race sndri la..
hahahha


Bijen..

haaa...hg tak pandai buat macam tu..hahahah

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!