Khamis, Februari 10, 2011

LANGKAH PERTAMA DAH SETEL..HARAP AKU BERJAYA

Sebelum ni,aku pernah tulis satu entri mengenai impian aku nak memiliki 3 jenis rumah.Satu,rumah kos rendah..aku beli rumah tu dengan niat nak sewakan pada orang.Dua,aku nak beli rumah kos sederhana lot tepi(senang nak tambah mana yang patut..hehehe)yang akan aku duduk bila aku kahwin nanti dan tiga adalah rumah yang aku bina dan design sendiri atas tanah aku sendiri..(yang ni mybe..sebab tanah kat Penang mahal..huhuhuhuhu).Impian pertama aku macam dah nak jadi ja sebab tadi aku dah isi borang untuk membeli rumah kos rendah kat Bertam Perdana.Aku harap-harap aku berjaya la sebab selalunya rumah kos rendah ni depa utamakan pada orang yang berkeluarga yang hanya dapat gaji minima kurang dari Rm1000 sebulan.Nisbah untuk dapat beli rumah kos rendah antara orang yang bujang macam aku ni dengan orang yang dah berkeluarga ialah 1:10.Huhuhuhuhu..


Tadi masa aku lepak kat Bertam Properties tadi,aku tengok ada dua tiga orang lelaki yang umur lebih kurang aku jugak pun tengah dalam usaha nak membeli rumah kos rendah.Waahhh! bagus tu..Muda-muda kalau dah ada rumah memang untung.hihihihihi...

Mak aku pesan nak berharta biaq dari bawah macam mak dengan abah..Beli yang mampu dulu..mybe 10 tahun lagi,kalau aku dah mampu beli rumah yang lebih better lagi..beli la..Betul cakap mak,Lagi pun umur aku dah masuk 24 tahun tahun ni..waaa.makin tua..!! elok sangat la aku pikir masa depan ni..Lagi pun..kawasan perumahan yang aku nak beli ni adalah antara kawasan strategik kat Penang ni..Ada macam-macam kolej dah dibina,Uitm..koleh perubatan,ILP..Sekolah sains,MRSM..haaaa...mesti ramai orang akan cari rumah kat situ kan..aku ada rumah kat situ..aku boleh sewakan..hahahahahhaha..pandainya aku..!! Bayangkan sebulan aku dapat tiga ratus hingga lima ratus sebulan..Dua kali ganda dari bayaran bulanan untuk beli rumah tu..Wahhh..kaya-kaya..berangan tak sudah aku ni..hakhakhak..!!


Ada orang kata..awat tak beli kereta..
Jawapan aku senang ja..Rumah makin naik harga..kereta?makin turun..baik beli rumah kan sementara mampu ni..kereta bila-bila masa boleh beli..Lagi pun aku dah ada kereta..buat apa susah hati nak beli lagi...Lain la kalau takdak kereta lagi kan..memang patut la kalut nak beli..hahahahahahahaha..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!