Selasa, Februari 15, 2011

7 LAGU..BEST LA JUGAK!!

Tadi aku tengok Telemovie bertajuk 7 Lagu kat Astro Citra.Drama ni adalah hasil karya pengarah terkenal Kabir Bhatia dan isteri dia Mira Mustafa..(orang nama mira ni berbakat kot..hahahahahha..perasan gila aku ni....) yang terkenal dengan filem Cinta,Sepi dan drama bersiri Nur Kasih..Ala..aku rasa ramai kenal depa dua laki bini ni kan..

Memang tension gila tengok drama ni sebab aku rasa macam aku tengah baca Novel Ramlie Awang Murshid plak..Jenis-jenis Thriller,penyiasatan..psiko..psiko ni..Tapi memang best la layan..tak sehebat Hollywood la...tapi kalau gabung dengan Ramlie Awang Murshid jadi penulis skrip aku rasa lagi best pa..hahahha..apa aku mengarut ni labu...

7 Lagu ni mengisahkan seorang lelaki bernama Farhan (Farid Kamil) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh Kekasihnya Tania atau nama asal Hajar(Tiz Zaqyah) seorang penyanyi dan komposer seerta Tunang kepada Tania iaitu Raizal(marka Abby Abadi..aku taktau la nama dia..hahahahha).Jadi peguam bela si Farhan ni iaitu Sabrina(Emelda Rosmila,bini Adlin Aman Ramlie) nak buat rayuan kat Mahkamah Tinggi sebab dia rasa si Farhan ni memang tak bersalah.Dengan berpandukan 7 buah lagu ciptaan Farhan untuk si Tania ni..

Kelas aku tau..berlakon watak pompuan mati kena bunuh dengan kekasih sakit jiwa..


Sabrina dapat mengenali sifat dan perangai serta sejarah hidup si Farhan ni yang memang menyedihkan tu.Lagi pun si Farhan ni memang cinta gila kat si Hajar i dari kecik,takkan la nak bunuh Hajar plak kan..Sambil-sambil tu Sabrina menyiasat balik la pasal hal pembunuhan tu sehingga dia dapat tau..yang bunuh Tania dan tunang dia Si Riazal tu adalah Dagu (Corrie..muka ganas tu...) yang jugak merupakan bos kepada Farhan.Jadi Farhan dibebaskan setelah bukti menunjukkan Farhan ni dianiaya oleh Dagu dan Dagu ni kena tembak dengan polis masa tempat dia diserbu.
Huii..panjangnya cerita..Tapi disebalik tu...ada lagi cerita yang buat aku betul-betul terkejut!!

Malas nak cerita panjang..sebenarnya Farhan yang bunuh Tania dan Riazal..Dan semasa dia dalam penjara,dia dibantu oleh salah seorang anak peguam Sabrina yang terdahulu iaitu Afendi(Sofi Jikan) ,perogol dan pembunuh kanak-kanak untuk menghantar bukti-bukti yang kononnya menunjukkan Farhan tak bersalah.Caiisshhh!!

Aku yang dari tadi dok simpati dengan watak Farhan yang kononnya menderita sejak kecil rupanya tertipu..hahahhahhahahahaha...Budak ni psiko sejak dia kecik lagi rupanya..huhuhuhuhu..Dan si Sabrina ni pun ada tekanan jugak sebab dia sering dihantui rasa bersalah sebab berjaya membebaskan Afendi yang memang betul-betul bersalah merogol dan membunuh seorang budak berumur 10 tahun.

Dalam banyak-banyak lagu yang ada dalam filem ni..Aku paling suka sekali lagu terakhir yang Farhan buat untuk Tania..








Ketujuh-tujuh lagu ni adalah nyanyian Akim AF dan Ain AF..Wahhh..suara Akim memang kelas..macam dengar lagu Indon Pun ada..huhuhuhu..
Jadi aku pasti..lepas ni cerita 7 Lagu ni akan ditayangkan plak kat Astro Prima ataupun Astro Ria..Hissshh..rasa rugi plak langgan pakej Mustika ni..Alih-alih tayang kat dua siaran tu jugak..
huhuhuhuhu...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!