Jumaat, Februari 18, 2011

MEMASAK HOBI AKU..

Kadang-kadang aku terpikir jugak..Aku nak buat satu lagi blog pasal masakan..Kat blog tu aku tulis la resepi-resepi masakan yang aku dok memasak sejak aku kecik samapi la..hahahha..





Kalau nak tau,aku dah tau masak sejak aku umoq 9 tahun lagi dan resepi masakan yang aku buat sendiri tanpa bantuan sesiapa termasuk mak aku ialah Kurma Ayam.Mak aku time tu cuma perati ja aku masak..Nampak usaha mak aku yang mengajaq aku dok kat dapuq tolong mak aku memasak sejak aku kecik memang membuahkan hasil.Yela kan..bila kita dok tolong mak kita kat dapuq dan perati mak kita masak,secara automatik kita boleh tau nak masak sesuatu masakan..Sejak dari tu,tugas memasak mak aku bagi kat aku bila time aku cuti sekolah dan samapi la ni aku buat rutin tu.





Sebenaqnya nak masak ni senang ja asalkan kita boleh kenal setiap bahan masakan terutama sekali rempah ratus la,Selalu pergi pasar dan lepak kat pasaraya sampai berjam-jam semata-mata nak mengenali bahan masakan yang kita tak pernah tengok atau masak sebelum ni.Aku akan beli,kemudian aku try test tengok masak.

Aku sebenarnya kalau masak memang tak tengok pun buku resepi,apatah lagi nak search dalam internet.Macam satu bakat bakat tau dak..bila aku tengok ayam ja,aku tau nak masak apa..tau dah bahan-bahan nak guna..kalau tengok ikan ka..sotong ka..udang ka..Idea mai secara automatik..Ting!!






Punya senang nak kenai jenis-jenis kami ni...Miss Poyo yang bodo matematik pun kenai kami..hahhaha


Aku pulak lahir dalam keluarga yang memang ada bisnes berkaitan makanan baik belah abah,atau belah mak aku,jadi semua jenis masakan aku tau termasuk la masakan dari negeri-negeri lain,jugak tanpa tengok buku,cuma diajar secara lisan..Bagitau ja bahan-bahan dia,aku terus masak tanpa tanya dulu cara buat,berapa bnyak bahan nak kena guna,cuma ikut gerak hati....Sebab bagi aku basic cara masakan semua sama ja..Kadang tu walaupun aku tau masak sesuatu masakan tu,tapi aku sengaja buat-buat tanya kat orang sebab aku nak tau adakah cara aku masak tu sama ka dengan depa..atau bahan yang digunakan tu lain sikit ka dari aku..hehehe..





Tapi kalau masakan barat,memang aku akan rujuk buku resepi sebab bahan-bahan yang digunakan ada diantaranya memang tak sama dengan masakan melayu.Tapi setakat ni,antara masakan barat yang aku boleh masak kalau ada permintaan dari keluarga aku terutama adik-adik ialah chicken chop,spaghetti,pizza,pasta dan beberapa lagi lah..malas aku nak tulis panjang-panjang..hahahhaah..



Tapi yang bestnya dan aku rasa bertuah dan bersyukur jugak sebab aku macam diberi satu keistimewaan yang mana setiap kali aku makan kat mana-mana kedai makan..aku boleh detect bahan-bahan yang terdapat dalam makanan tersebut..Setiap kali makanan tu masuk ja dalam mulut,dengan magicnya aku boleh tau rasa-rasa yang terdapat dalam makanan tu dari bahan-bahan apa.Lepastu aku balik rumah,aku try tengok masak kat rumah..Jadi ooo...hahahahahahaha..Gila hebat..



Oleh sebab kegilaan aku terhadap masakan,mak aku sentiasa sedia banyak bahan masakan sebab aku ni jenis kalau nak makan tak rancang dulu..pi dapur,terus buat ja..Contohnya kalau aku tiba-tiba teringin nak makan Char keow teow sebelum pi kerja pagi-pagi..secara otomatik lepas ja bersiap,aku terus pi dapur masak..sebab tu Sos char koew teow banyak kat ruumah aku..udang..kerang..semua ada..Ingat yer..Char keow teow ada sos khas..bukan pakai main masak camtu jerr..huhuhu..Ataupun tiba-tiba aku nak makan tomyam campur..Pagi-pagi bangun tidoq ja tak mandi terus masak Tomyam..Mak aku pulak jenis pi pasar seminggu sekali,lepastu beli dngan kadar yang banyak samapi ada ikan-ikan kena simpan kat peti ais rumah tok aku..lagi la senang aku nak buat aktiviti masak..Jangan terkejut kalo aku bagi tau sebulan 2 tong gas memasak digunakan kat rumah aku..hahahahhaha





Tapi aku serender awal-awal kalau yang berkaitan kuih muih,puding-puding dan segala biskut-biskut.Aku memang tak pandai..kalau takat karipap,lepat liat,lepat pisang,bengkang,cucur kodok,cucur udang dan cucur badak mybe aku boleh buat..Tapi kalau lain-lain kuih muih,puding or biskut raya ka..aku takdak kemahiran..kalau aku buat memang tak jadi..better aku beli kat luar lagi..hahahahhahahahahha...



Tapi tu la..zaman la memang susah la nak cari orang perempuan yang pandai masak la ni..kalau pandai pun,depa masak yang ringkas-ringkas ja atau bahan-bahan yang mudah dicari.Kalau nampak macam banyak bahan nak kena guna ka..memang depa tolak tepi dulu la..Yang sempoinya dah macam terbalik plak bila kaum lelaki pulak yang sekarang ni lebih pandai masak-memasak ni dan banyak yang masuk dalam bidang-bidang masak memasak sebagai kerjaya depa contohnya yang paling femes Chef Wan,Chef Ismail dan yang paling dekat dengan aku,Mirul la..hohoho...




Kalau nak cari husband..kena yang pandai masak macam wan yeerr..Eii,tak kuasa aku promote diri sendiri..!!

4 ulasan:

ctnorhatika berkata...

incik bachok pndai masak kah??? hehehehe~ untung la klu pndai masak..leh tukaq2 gilaran..

Amira Amair The Poyos berkata...

Ika..

Incik Bachok tau masak yg rigkas2 ja...
huhuhuhuhuhu.

ctnorhatika berkata...

xpa..ok la 2..bleh la dia msk klu mira xlarat..hehehehe~

Amira Amair The Poyos berkata...

Ika...

hahahahah..rasaya dia suka kemas rumah lg kot..
huhuhuhu..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!