Selasa, Februari 08, 2011

FILEM FEVERAT:CONGO(1995)

Tadi aku cerita pasal Dungu,sebuah bandar yang terdapat kat negara Congo.Bila tengok perkataan Congo ni,secara otomatik Aku teringat kat filem Congo.VCD dia pun ada lagi sampai la..(beli time VCD tengah glamer katakan..).Tapi filem Congo ni bukan cerita pasai perang saudara kat Congo plak.Ni pasai lain..Pasai apa..
Haaaa...mai nak habaq..






Poster Filem Congo



Filem yang dikeluaqkan pada tahun 1995 ni(time ni aku darjah 2..) mengisahkan Dr Peter Elliot yang berjaya mengajar seekor gorila bernama Amy menggunakan bahasa isyarat dan setiap isyarat yang Amy buat,akan membunyikan perkataan yang terhasil dari sebuah mesin yang diciptakan Dr Peter Elliot ni dengan pembantu dia Richcard.Seingat aku..macam tu la sebab mana aku nak ingat sangat..time tu aku darjah dua..VCD dia pun da berhabuk.Nak tengok pun takbley,mana nak ingat,jadi aku pakai hantam cerita ja ni..hahhahahahhaa



Kemesraan Dr Peter dan Amy..Euuwwww!!







Tapi masalah yang dihadapi Dr Peter ialah Amy ni macam ada satu trauma(apa,ingat gorila takdak trauma ka?hhahaha).Amy setiap hari melukis benda yang sama ja..iaitu sebuah mata di sebalik pokok-pokok.Malah malam-malam bila time tidoq ja..amy akan bermimpi buruk sampai terjerit stail gorila..takkan stail manusia plak kan..hahhahaha..Bila keadaan ni berlarutan selalu,Dr Peter amik keputusan nak hantar balik Amy kat tempat dia dijumpai masa kecik iaitu Negara Congo.Time tu Congo tengah bergolak sebab perang saudara yang melanda negara tu,tapi Dr Peter nak pi jugak sebab dia betul-betul sayang kat Amy.Taknak Amy bersedih la..(Ni aku nak tergelak ni..hhahahhaha..macam awek diia plak..)


Jadi..Ekspidisi ke Congo ni selain dari Dr Peter,Amy dan Richard,turut serta ialah seorang Ahli Philanthropist bernama Hermerker,yang dalam fikiran dia nak dapatkan berlian yang terdapat banyak kat sana.Dr Karen Ross yang nak cari tunang dia yang hilang kat Congo dan beberapa lagi watak tambahan yang memang confirm akan mati dalam filem ni..hahahahhahahha...



Jadi perjalanan depa kat Congo ni penuh onak dan duri la,penuh bahaya..sengsara..sedih..Ingat senang ka..Lepas tu depa jumpa satu bandar purba yang tertanam bernama Zinj.Dalam kota purba tu ada banyak berlian.Tapi malangnya(macam paper plak cara tulis ni) dalam dok happy-happy tu sebenarnya dalam kota tu ada sejenis menatang yang rupa macam gorila..tapi huduh lagi..berbulu warna putih dan ganas,makan orang mendiami kota purba tu..




Nate beghuk yang make oghe..awat aku tulis stail kelate plak ni??





Macam biasala..sorang-sorang kena bunuh..
Last-last tak silap aku berapa orang ja yang hidup...Termasuk Amy la..
Ni trailer filem Congo





Haiya..aku sakit kepala pulakdah..!!
Tadi saki gigi..ni sakit kepala pulak..macam-macam hal la labu..!!(lari dari tajuk sat)

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!