Isnin, Februari 21, 2011

KIDTUNG TU MAKSUDNYA RINDU

Salah seorang kawan baik aku ialah seorang perempuan(tak boleh sebut budak perempuan dah..hahahahha) berbangsa Siam berasal dari Kelantan..Rumah dia dekat dengan Pantai Tok Bali.Nama dia Suphai dan sekarang di bekerja sebagai Juruukur Bahan kat belah Pulau sana.Suphai ni muka dia macam Farah Fauzana versi kurus..hahahhahahhaahha..Suphai kapel dengan seorang lelaki berbangsa Sikh moden yang berasal dari belah pulau sana gak..huhuhuhu..
Dulu Suphai selalu cakap..

"Mira..kita ni dah terbalik..aku kapel dengan orang Penang..Hang dengan orang Kelantan..Memang kawan baik la.."

Dengan dia dan tiga lagi kawan baik aku kat Politeknik(kawan baik satu kelas..yang lain-lain kelas ada gak..hoohoho) aku selalu buat gila..Selalunya depa tau gelak ja..Aku yang buat lawak..hahahahhaaha...
Suphai ni kalau pi bilik dia ja..mesti dengaq lagu Siam ja..Sampai Roomate dia si Inbamalar yang berbangsa India tu pun dah mula pandai menyanyi lagu siam..huhuhuhu..Aku pun sama la..karok sekali melalak dalam bilik dia..Dalam banyak-banyak lagu siam yang ada dalam playlist laptop Suphai..Aku paling suka lagu ni..



Suphai bagitau aku maksud lagu ni ialah kerinduan seorang lelaki terhadap sahabat baik dia seorang perempuan...Tapi Suphai bagitau aku,kalau dia dengar lagu ni..Mesti dia ingat aku..huhuhuhu..Terharu gila..Jadi aku pun bila dengar lagu ni ja mesti ingat Suphai..Tapi tu la kan..nama ja bekerja dalam satu negeri tapi haram yak jumpa lagi pun sejak Suphai mai pindah sini awal tahun ni..Huhuhuhu..Masing-masing bizi dengan kerja tambah-tambah Suphai terikat dengan projek-projek pembinaan..huhuhu
Bila la kita nak keluar berjumpa Suphai oiiii??Buat gila macam zaman remaja kita dulu..
Ewaahhh!!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!